29 December 2010

Header Baru Cik Qila

                                       Ye, aku tau psal result contest Header Untuk Qila tu dah lama keluar. Saja je nak review balik kemenangan aku ni..hehe. Tak percaya? Ok, korang boley check kat sini. BTW, tak sangka lak bley menang. Syukur..... Nak tau hadiahnya?

1 Hadiah Utama : Shawl Gypsy berharga RM25 + Inner berharga RM8
(ada gambar nanti aku edit balik)

Konfem la aku tak pakai. Tak psal2 kena panah petir plak. So aku kasi kat Ms.W. Sejak tau psal result tu, aku offer Cik Qila ni pasang header kat blog dia. Nak edit coding untuk letak flash header ni susah sket. Tapi seminggu dua ni asyik busy. Tak sempat nak tolong Qila. Sampaikan dia pasang dulu header pemenang ke-3 (terkilan sedikit..tapi tak sangat.hehe)

So bila dah balik KL ni banyak masa terluang (tak banyak jugak since asyik abeskan 4 season cite Star Trek: Enterprise). Aku pon tolong Qila dan siap jugak. Sila la kunjung ke blog beliau tengok Cik Qila tu kelip2 mata..hehe




24 December 2010

Menggila di Hari Perkahwinan

Waa...lama tak update blog. Dalam seminggu ni busy sket sebab balik kampung. Kazen kahwin plak (aku ntah bila lagi). Anyway memang best sebab dah lama tak jumpa kazen2. Kalo balik pon jarang jumpa sebab diorang masing2 kerja jauh2. Tambah si pengantin ni kerja Navy. Aku panggil dia Along tapi nama dia Hisham. Rasanya dekat 5 tahun dah tak jumpa dia.




Memandangkan dia antara kazen aku yang paling rapat, kenduri dia aku tolong apa2 yang patut. Sampai2 je kampung terus tolong siang ikan patin untuk jamu orang datang tahlil arwah Tok Wan aku. Lauk malam tu memang best. Gulai tempoyak ikan patin. My fave!

Lepas tu pulak naik bot perahu ke hulu dengan kazen2 pegi petik pucuk paku tepi2 sungai untuk wat kerabu kenduri esoknya. Dapat dalam 5-6 guni besar. Haha! Tamak btol kitorang. Semua gemok2 sebab musim hujan.

Hari kenduri tu aku dan kazen2 jadi penganggur sebab semua orang kampung datang gotong-royong. Dah xde kerja untuk kitorang. Bila pengantin sampai memang smart abes kazen tu. Mentang2 Navy ada uniform (jeles2)



Bila abes kenduri, aku tolong orang bukak khemah sebab kebiasaan kenduri dekat sana abes awal dalam pukul 5. Lepas bukak khemah tu, tibalah acara yang dinanti-nantikan. Family kami ni suka prank pengantin. Last kenduri kazen kat kampung kitorang main calit2 kek. Kali ni kitorang plan nak simbah air. Abes pengantin n semua kazen2 kena simbah air. Sampaikan air sirap kenduri yang lebih tu pon kitorang buat simbah2 (mintak maaf xde gambar sebab main air time tu).

Datang pulak pak sedara aku yang satu kepala ni, datang pulak 'resepi' tambahan. Ayah Cik datang dengan arang dan tahi kawah calit kat muka kitorang, Pak Cu pulak dengan hampas kelapa lebihan buat lauk kenduri. Kitorang ni balas dengan tepung je. Adehh... Paling best adalah part bila kitorang ramai2 angkat pengantin pegi rendam dalam bekas orang basuh pinggan kenduri. Haha!

Malam tu pulak kitorang ni jahat ajak Along lepak menyembang. Kitorang tahan dia tak bagi masuk tido dengan wife dia. Nak tahu kitorang lepak sampai pukul berapa? 3 pagi!

Mintak2 la kenduri aku nanti xde kena lebih2... Haha! Anyway, tahniah Along! Semoga berkekalan ke anak cucu...





15 December 2010

Warping Into Prejudice



Me:              Dude, I collected 6 Star Trek movies and 2 TV Series. I think I'm officially                                         a Trekkie (Star Trek die-hard-fan)
My Buddy:    Hehe, welcome to the club.
Me:              What? You too?
My Buddy:    Yeah, since 2002.
Me:              Then I'm officially a nerd too!
My Buddy:    F*ck you.


Am I being a racist?


13 December 2010

Medusa

                                    As long as we don't stare at each other's
 It'll be fine...





susah hati... :(



11 December 2010

Header Untuk Qila



Bulan lepas Ms.W ada tunjukkan satu contest ni. Dia sarankan aku masuk. Ni adalah contest kedua yang aku masuk selepas contest yang dianjurkan oleh Alienelliz. Dua2 adalah contest tentang header. Bila la pulak nak ada kontest karaoke ke, battle of the band ke kat blogspot ni..hehe.

So, untuk Cik Qila kita, aku dah buat satu header yang simple, tetapi dengan sedikit touch up oleh flash sebab berdasarkan pengalaman aku masuk contest Alienelliz tu, keutamaan untuk pemenang diberikan pada header yang ada flash. So berbekalkan sedikit idea dan sejambak motivasi, aku pon buat.

Tapi, mari kita review dulu psal contest tu.

------------------------------------------------
Syarat-syarat nak join Header Untuk Qila ialah seperti berikut:

1. Anda mestilah follower blog ini.
2. Dah nama pun Header untuk Qila so korang kena la buat header untuk Qila.
3. Buat satu entri mengenai segmen ini, bertajuk "Header Untuk Qila".
Letakkan banner dan link kan terus kepada entri ini.
4. Header korang mesti lah menggunakan gambar yang kat atas ni ye.
5. Letakkan banner di side bar blog anda dan link back ke entri ini.
6. Tinggalkan komen di entri ini.

Hadiah :


1 Hadiah Utama : Shawl Gypsy berharga RM25 + Inner berharga RM8
1 Hadiah kedua : Shawl Cotton bernilai RM12
1 Hadiah ketiga : Shawl Chiffon bernilai RM10
2 Hadiah saguhati : Inner bernilai RM8/satu

Sponsored by ;
Eternity Hijjab

Tarikh tutup : 12.12.10

------------------------------------------------

Dan, inilah hasilnya...tadaaaaa


Sila klik gambar untuk lihat flash


Gambar Cik Qila dah di edit sket kasi lebih ayu ala2 model jika diteliti. Bandingkan dengan gambar kat sidebar. Banner ini sesuai dengan warna dan corak untuk layout blog Cik Qila. Ngam2 soi la orang cakap. Hope anda suka.


........Cik Qila siap kelip2 mata lagi dalam flash, tanda dia suka tu! :D

09 December 2010

Oh! Lelaki

Situasi: melepak di warung/mapley...


Meja 30 dekat luar area2 gelap bawah pokok, remaja umur 17-22:

Ali:          Mat, aku nak kasi motor aku laju aa. Panasss je aku tengok Meon anak Pak Mail tu                      merempit bkan main laju.
Mat:        Ko letak je spoket 33.. Kasi lajak sket.
Ali:          Aku korek enjin terus aa.. Ok tak? Kasi besar sket. Tukar gear racing pulak tu.
Mat:        Ok jugak. Biar menangis si Meon tu.


Meja 15 dekat depan TV, lelaki umur 23-28:

Abu:         Der, apsal? Macam ikan talapia kena goreng je aku tengok.
Khai:        Aku tengah pening ni. Enjin kete aku leaking. Nak cari kedai servis murah2 la tukar                       gasket. Boley cuci head dengan tukar belting skali.
Abu:        Kedai Chong ok. Aritu aku servis drive shaft kete aku kat die. Harga puas ati beb. Eh,                   ko tau tak. Anak tokey kedai Chong tu tukar pakai kete RX8. Perrgh!
Khai:       Sedap kejap je tu. Nanti bila nak maintenance pening kepala la nak cari kedai mana                     boley servis enjin rotary RX8 tu.


Meja 3 dalam ruang kedai, lelaki umur 28-33:

Anep:        Apsal lak ko ni? Muka nak mintak hutang je. Aku tengah kumpul downpayment nak                       keluar Civic sebijik ni.
Ahmad:      Bukan, bini aku ni. Dia ajak aku shopping Midvalley pulak hujung minggu ni.
Anep:         Ko layan je bini ko tu. Bawak je la pegi. Pastu boley la ko cuci mata kat Mid tu.
                  Banyak awek UM.
Ahmad:      Ape ko da gile ke Anep? Kite kat Ipoh bai. Ko bajet KL tu kat belakang umah aku??




ni benda lazim yang diborakkan  bagi lelaki peringkat umur yang sedemikian
motor, kete dan bini...rasanya bini bukan dalam kategori kenderaan? :D



06 December 2010

Terbengka??

Aishhhh...terbengkalai artwork aku nih atas sebab2 peribadi...
Tak menang la gamaknye contest tu...




alif lam lam ha...sapa curi berdosa


29 November 2010

Ikan Masak Kicap dan Kari Terung

                                   Daddy:     Semalam abah ada 3 kenduri jemput abah. Kat taman kita ni ada 2.
                Tapi abah pegi kenduri dekat bukit la. Sebab itu semua geng2 pakat abah.

Aku:         Owh........ (sedang menyentap ikan nyuk2 masak kicap)

Daddy:     Semua tu kenduri kawin. Ramai betullah orang kawin. Zaman skang ni da senang.

Aku:         Owh yeahhh........ (tambah nasik lagi..xpaham)

Daddy:     Ayi nanti tahun depan final year kan?

Aku:         Yep......... (meratah terung..masih xpaham2)

Daddy:     Bila rancang nak bertunang? Tahun depan boleh kot?

Aku:         (warrrgghhh??!!)





sabau ye...Ms.W tu xkemana pon abah oi.. :D



27 November 2010

Butterflies



Have anyone of you let your partner go out with another guy/girl? Of course by that I mean your lover. It doesn't matter his/her colleague, friend, online friend, a friend of a friend, an ex yada yada yada...... Have you did and knowing that nothing would happen?

For me, at first... I might not mind. You know, trying to be a cool guy, don't want my jealousy aroused and took control over myself. But in the end it's like butterflies crawling, chewing inside my stomach. The anxiety and curiosity begin to dampening my mood, my judgement. I might thinking what are they doing? What are they talking about? Did they hold hands?

I think there are plenty of couples out there don't really mind to let their partner go out with somebody. Professionally or not, that isn't the issue anymore. Bullshit I would say. But seriously, even I have much faith to my partner, I still can't be that cool.


So tell me guys, have you ever let your partner go out with someone else? So how do you deal with those butterflies in you? :D


26 November 2010

Forever Bored

                                       I wish I could grab you now
Be in my arms, my soul
We could explore this unnamed feeling
Undoubtedly be

Please grant me your sweetness
I'll grant you my speed
The time alone will shake
Whisper to stop







 


owh my Epi... :D






24 November 2010

The Day That Never Comes

                                           Instruction:
1. Put your music library on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough.
4. The answer to #20 is the Title of your note. Feel free to do this, tag your friends and have fun!


1.If someone says, “Is this okay?” you say
"Hand Of Blood" - Bullet For My Valentine (yeah..talk to the hand)

2. How would you describe yourself?
"Penantian"  - Febian (haha..indeed I'm still waiting)

3. What do you like in a guy/girl?
"Over My Head (Better Of Dead)" Sum 41 (this doesn't sounds right)

4. How do you feel today?
"Sweet Child O' Mine"  - Guns N' Roses (super cool!!I mean the song..)

5. What is your life’s purpose?
"Hanya Satu Persinggahan"  - Ekamatra (haha..betul2)

6. What's your motto?
"I Gotta Feeling" - BEP (hmm..I'm thinking about using it from now on)

7. What do your friends think of you?
"F**k The System" - SOAD (yeah..what the F)

8. What do you think of your parents?
"Untuk Mu" - Flop Poppy (super true!!)

9. What do you think about very often?
"Broken, Beat & Scarred" - Metallica (my mate!!)

10. What is 2 + 2?
"Track 16" - MCR (wh..hahahahahahaha)

11. What do you think of your best/close friend(s)?
"Andai Ku Miliki Semalam" - Amy Seacrh - (jiwang la plak)

12. What do you think of the person you like?
"Sekuntum Bunga Di Gurun Sahara" - Mega (mega cool & mega true!!means you're rare!ohh ILY!)

13. What is your life story?
"Selamat Berhari Raya" - Rahimah Rahim (oppsss!raya da abes ke? :D )

14. What do you want to be when you grow up?
"When Your Heart Stops Beating" - +44 (i don't know if it's an answer)

15. What do you think of when you see the person you like?
"Amanda Gadisku" - Masa (err babe..I don't know anyone named Amanda, really.. :D )

16. What will you dance at your wedding?
"Down" - Jay Sean (what the heck..I'm goin to dance anyway..down to the floor baby!)

17. What will they play at your funeral?
"Kehancuran" - Meditasi (sounds fit!!)

18. What is your biggest fear?
"Gugurnya Bunga Cinta" - Laksamana (err...kantoi :D )

19. What is your biggest secret?
"Somewhere I Belong" - LP  (people still don't know I'm japanese or kedahan..)

20. What will you post this as?
"The Day That Never Comes" - Metallica (Kirk, my mate!!)


tag: Ms.W, Ms Oshinz, Ms Daff, Ms Nunu, Cik Masha..sape2 nk buat sila amek ye.. (tolong buat, kome jgn mls2, nnt aku libas :D)

09 November 2010

Tips-Tips Meniru Semasa Peperiksaan 1



Bahan-bahan:
  • nota kecik (a.k.a. toyol)
  • dewan peperiksaan yang ada tandas berdekatan
  • pengawas peperiksaan yang sudah banyak kali mengantoikan pelajar yang membaca nota di tandas
Modus Operandi:
  1. Sebelum memasuki dewan peperiksaan, simpan nota kecik dengan eloknya di dalam poket seluar, dalam wallet, kotak pensel atau dalam stokin jika dirasakan selamat.
  2. Peperiksaan bermula, anda hanya dibenarkan keluar ke setengah jam kemudian.
  3. Setelah cukup setengah jam, pengawas peperiksaan akan mula berlegar-legar di dalam dewan peperiksaan.
  4. Tunggu sehingga ada pengawas peperiksaan berlalu di barisan anda.
  5. Jika ada, anda dikehendaki untuk berpura-pura tertido.
  6. Pengawas tadi yang perasan anda tertido akan kejutkan anda. Anda perlu berlakon seperti betul2 tertido di hadapannya.
  7. Kemudian pengawas tadi akan menyuruh anda ke tandas untuk membasuh muka.
  8. Jika dia tidak menyuruh, minta kebenarannya untuk ke tandas supaya dapat membasuh muka.
  9. Setelah tiba di tandas, masuk ke dalam jamban dan kunci pintu dengan kemas.
  10. Buka nota kecik tadi yang anda simpan.
  11. Tapi anda baru perasan anda terlupa soalan apa yang ada dalam kertas peperiksaan tadi.
  12. Hantukkan kepala anda pada pintu tandas atau singki beberapa kali untuk meredakan perasaan frust atau marah sebelum memasuki dewan peperiksaan semula.

04 November 2010

A Fallen Warrior

You know, I got a friend. He's been lately showered by hell of a news. Some of you don't even want to think about it. He's literally been fighting bravely for his war and yet he lost. Not only he lost, he has to make it up for it.

Hope that lost, dreams that shattered and tears that were broken would enough to make him suffer for years. May he'll be strong and his aim be true all the way for him to grasp a prize we called life. 

Be strong, stormtrooper...




I already lost a friend before, please don't be another



25 October 2010

Header Saya Konpem Cantik


Salam...
Aku telah dijemput@ditag secara rasminya oleh untuk menyertai pertandingan ni yang dianjurkan oleh alienelliz.
Nak try jugak mempertaruhkan hasil design header aku ni untuk berentap dengan orang lain..hehe

Kat sini nak tag 3 orang lain untuk menghangatkan lagi pertandingan tersebut

Sila rujuk sini untuk syarat2 pertandingan

Doakan saya menang k?weeeeeeeeeeeeeee

21 October 2010

New Look

Ta-Daaaaaa!

This is my first artwork for blog, well actually not really the first one..
I've designed a header for Ms.W before, go check it out..
Everything was done 100% with Photoshop CS4 and rearranged with Artisteer 2, cool software!
My header was a little bit sloppy, wish I had more time..
The hardest part was the bicycle part on your left hand side
Those rims were really a pain in the ass..
I've also changed the name to Trails of Yesterday..which I don't know why.. :D

Drop me comments about this layout will ya? :)

15 October 2010

Zack: Diam



Zack masih lagi ragu-ragu, termanggu-manggu. Apa Zack nak buat? Zack cuba tarik perhatian, cuba buat apa yang termampu untuk menjadi paksi segala tumpuan.

Sudah la ditinggalkan teman, bencana datang menimpa-nimpa pula. Macam mana Zack laluinya ialah dengan kata-kata bisu. Umpama Zack tidak pernah wujud di dalam kotak pemikiran itu, seolah-olah Zack tidak bernyawa dalam keluarga itu. Bertalu-talu dugaan diajukan oleh orang sekeliling tetapi Zack memilih untuk berbisu, bagaikan faham peguamnya suruh berbuat demikian. Sehinggakan keluarga sendiri sedikit demi sedikit menjauhkan langkah dari Zack.

Orang lain takut dengan Zack? Zack terkenal dengan sifat diam-diam ubi berisi. Kalau Zack sedang berdiam diri, dia umpama sedang menggenggam buku limanya dengan erat, mengumpul momentum, sedia untuk dilepaskan bagaikan singa kelaparan. Tapi, semua itu hanya kemungkinan. Mungkin Zack diam kosong. Menunggu peluang dan tuah dihidangkan bersama-sama.

Diri Zack hanya penuh dengan kebencian, dendam, tetapi tersembunyi sebalik senyuman dan loyar buruknya. Agendanya kekal tetapi masih ragu-ragu. Seorang yang pendendam dan pemaaf. Satu kombinasi yang tidak sesuai. Sebab itu Zack memilih untuk berdiam, saja membuat orang lain serba salah dengan langkah pertama mereka. Zack hanya menunggu noktah yang sesuai untuk menyerang. Menyerang teman yang meninggalkannya...


Jikalau noktah itu tidak pernah kunjung tiba, apa kau mahu buat?

08 October 2010

Tagged by Jajai

Dear Jajai, I've done your assignment :D

1. Name 1 person who made u laugh last night??
Ms.W

2. What were you doing 1 hour ago??
Writing something about choice-crap

3. What was the last thing you said out loud??
I wasn't talking much this morning

4. Where's the next place you're going to??
The next thing on my mind

5. What was the last thing you paid for?? 
Oily, fried noodle..taste sucks!

6. Where were you last night??
Somewhere they called The Matrix?

7. What's the best ice-cream flavour??
Ice-cream that taste like an ice-cream


8. Do you wanna cut your hair???
She won't allow me :(

9. Do you love to 'melatah'??
You mean 'mencarut'? :D

10. If that so (melatah), what will you said out loud??
I really don't want my page looks dirty you know.. :D

11. What does the last text-msg received say??
RM0. Dptkn 1 permainan bimbit percuma dgn menyertai Gameloft Club sekarang!

12. Will you get married in the future??
It's not the question of will, it's when

13. Do you chew your straw??
All the time :D

14. Do you make-up your own words??
Yes, I'm learning how to make-up one. Ergo, I don't make-up my own :)

15. Is there anyone you like/ love right now??
Seriously? Do I look like a lonely pathetic dude?

16. Tag to other 5 blogger/ more :
Anyone who reads this
Got-cha! :)

I Have Already

What choice do we have?
Being a stupid means live not to choose any
Play it along
Just like the water flows, deep inside
Or being an ass
Live with regrets because had to choose
At some point of your life you gonna say
"It would've been better if I take that"
'If' itself would never come through
Rather it's an illusion, to aid your subtle feeling
In which path it takes you to the happiness or loneliness

But that's bullshit, all of this were crap
We can never get away with choices
Just choose and live with the consequences
The karma-bitch will do the rest
None of your concern, our concern

But then again you'll asked me
What is my my choice?
I would gladly say
The path that already lies behind me...

27 September 2010

Pain In The Ass

A ream of Double A
A bottle of black ink
3 days and 3 nights
Independent T Test
Paired T Test
My first time using SPSS




Dear PJM3115, You are really a pain in the ass........................

23 September 2010

Four Thumbs Up!

Video ni kalo tengok memang hangin abes.. Tak sangka ada orang boleh buat camni... Respek abess





Mesti berbulu Ms.W dan Ms Oshinz tengok... Nak jugak la tu
(terutamanya Ms.Oshinz laa)

Dengan Segala Hormatnya...

You said once I'm your friend
Painted your town in wonderful colours
Rejoiced you in the darkest sorrow
Am I now?
Yet you turned me into a worn out shirt, torn apart

As your soup spilled over your lovely dress
And you're out of napkin
As well as toilet papers
You'll need me again

But hey, there's a door!
With the nice blinking light with 'EXIT' sign above
Ohhhhh I won't need to tell you what to do next right?

Or should I say?
Please take your sorry ass out of here?
I'm not really good in using the F word





..............sila berambus

21 September 2010

Debu-Debu Berterbangan

Fuhhhhhhhhhhhhhhh!!



                                                                                Fuhhhhhhhhhhhhh!!!!!!



Berhabuk dah blog ni lama xhapdate..
Sem ni sebok sket..blaja SPSS yang agak pening since pensyarah pon ajar SPSS sambil bukak Help dalam kelas..Patotkah?

06 September 2010

Surat Cinta

Memori di SKSU dah hampir 2 minggu berlalu. Tapi sekarang baru nak review surat2 yang aku dapat dari anak2 murid aku. Ada beberapa surat saja yang ingin di review. Nak letak banyak2 kang En Blogspot marah plak penuhkan storage diorang. Dah la tak bayar. Pe pon mari kita baca surat ni (klik untuk besarkan).

Surat 1:


Surat ni dari adik Nur Syahira bt Suhairi. Siap lukis gambar lagi. Dengan hensemnya dia lukis aku ni badan panjang..huhu. Maybe sebab aku pegi skola pakai seluar lowered kot? Hishhh..tak rasanya. Mesej yang sangat jelas. Love you all too Syahira. Nanti kalo cikgu free cikgu pegi sana lagi melawat korang eh? Tapi mesej yang last skali cam pelik sket (gambar paling kanan). Kat situ tertulis  
"Cikgu Fazlie, saya janji akan bacakan Yasin untuk cikgu yang tersayang" -aisehh...da macam orang pasewei da..hehe. 
Anyway thanx!

Surat 2:


Surat ni tak bernama.
"Cikgu Fazlie kami sayang cikgu jangan tinggalkan kami" -owh dear I have to.. 
"Kami harap cikgu panjang umur. Cikgu selalu buat lawak dengan kami dan memimpin kami semua" -ada masa memang aku ni suka bergurau dengan budak2..tapi time serius kita serius..
"Kami semua akan doakan cikgu selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri" -selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma k?
Thanks dear!

Surat 3:


Surat ni pon tak bernama. 
"Cikgu cerita hantu best sampai kawan2 takut, kelakar" -kelas 4 Kenanga la ni, aku memang rapat dengan diorang, selalu cerita hantu time waktu relief tapi ada moral of the story dan sedikit humor la bukan setakat sembang kosong je..  
"Saya sayang cikgu. Cikgu baik seronok sangat" -cikgu pon sayang korang dan seronok sangat masuk kelas korang..  
Thanx ya!

Surat 4:


Surat ni dari adik Nur'ain Karmila dan Nur Sabrina. Tulis kepada Cikgu Fazlie comel yang tak ley blah tu..haha.
"Kenapa Cikgu Fazlie nak pindah cepat kenapa?" -2x kenapa, nampak sangat sedih tu..cikgu bukan pindah, cikgu praktikal ja 2 bulan, cikgu cakap praktikal korang tak tau maksud pulak.. 
"Cikgu jangan ponteng puasa tau!!" -cikgu tak puasa yangyok pon, korang pon kena puasa bagi penuh k? 
"Bye bye Cikgu Fazlie I love you. Thank you" -love u all too.. 
Thanx!

Surat 5:


Surat ni panjang sket. Daripada adik Nur Hazirah dan Afiqah.
"...dan satu lagi saya gembira tengok cikgu Fazlie senyum manis2.." -part senyum tu cam perli je?hehe
"...setahu saya, saya tak pernah jumpa cikgu sebaik ini.." -thanks tapi cikgu2 kat SKSU semua baik2 kan?bukan cikgu saja
"Cikgu kalau cikgu belum kahwin cikgu kahwin la cepat-cepat." -hehehe..(tak terkata2 pulak)
"Cikgu kalau boleh cikgu Fazlie doakan kami pandai, bijak, cerdik, pintar macam cikgu dan sampai darjah enam cikgu doakan" -insyaallah, cikgu doa kamu semua lagi bijak dan berjaya dari cikgu suatu hari nanti
Thanks ya!

03 September 2010

Completely Under Your Spell

What about the fact that
I've been through all the dark and pain with you?
What about the fact that
I'm ready to face it all over again?

I've kept the precious gift
From the very first day we met
It was easy for you to give
But it was hard for me to get

My wish
Is to be with you
It's not because I had to
It's because I want to



ttba jiwang lak....aiishhh

24 August 2010

Berita Gembira Datang Bergolek

Hari ini aku dapat 2 berita gembira.


Berita Gembira 1: 
Masa nak pegi jumpa Ms Teng untuk taklimat projek PJ Suaian, lalu sebelah stor PJ. Tetiba nampak kelibat penimbang berat. Saja gatal nak pegi timbang. Aku timbang 1st time, rasa hambar sebab berat masih di tahap yang sama macam minggu lepas. Skali tengok patut tak turun sebab pakai kasut dan galas beg. Lepas buang kasut dan beg timbang pulak untuk kali kedua.................................................................turun 4kg dalam seminggu!!! Yuhuuuuuuu!!!

Berita Gembira 2:
Lepas taklimat projek dengan Ms Teng. Pegi pejabat SU Peperiksaan nak cek result. Pejabat dia dah tukar ke blok TESL. Bilik tu pulak merupakan kelas lama aku masa Pra-PISMP dan PISMP Sem 1 dulu. Memang dulu bilik tu hampeh jugak la. Masuk2 pejabat terkejut beruk sebab bilik tu dah cat lain, ada aircon 2 bijik dan siap sofa lagi. Mantap! Lepas bagi IC dan sign borang dapat transkrip. Usha punya usha result aku 3.53!!! Yuhuuuuuuu!!!



Mintak2 hari2 yang akan datang dipenuhi dengan berita2 gembira lagi contohnya ayah aku da pegi merisik ke. Boleh?
( tetiba jadi Ms.Oshinz pulak  :D )

Komik Manga

Yen   : Pali, dah keluar jurnal praktikum minggu 8 blom?
Mr.P  : Eh, nape?
Yen   : Aku tiap2 minggu follow jurnal ko tau x. Best baca jurnal tu. Kalo dah kuar aku                nak baca.
Mr.P  : Dah kuar la. Waaaa.. tak sangka ko follow jurnal aku. Mesti ko rasa macam                  follow komik kan? Rasa tak sabar nak tunggu episode minggu seterusnya.
Yen   : ........... (komik?wtf??)


samakan dengan komik?boleh gitu?

22 August 2010

Seluar Kotor

Terkenang terbayang
Biar aku yang bimbang

Resah gelisah
Aku yang bikin susah

Tawa gembira
Tapi aku yang merana


- Aku yang pilih untuk hidup sebegini. Usah persoalkan jalan hidup aku. Aku mahu rasa sakitnya jatuh -





Tapi kotoran itu tetap terpalit jua...

21 August 2010

Jurnal Praktikum Minggu 8 (Fasa 2)

Minggu ni last praktikal...Yeah! Minggu ni agak rilek sebab ada Ujian Prestasi 2. Sepanjang bulan Ramadan ni asik berbuka dengan nasi ambeng beli kat bazar Ramadan Kampung Delik. Harga RM4 tapi mak aihh nasi banyak, sedap pon sedap. Memang terbaik! Aisehhh...jadi orang Jawa la gamaknye. Sambal kicap yang sedap kat kantin tu memang tak jumpa dah.

 Nasi ambeng terbaik dari ladang habaq hang

Okeh, ni bukan post untuk review makanan ye? Kita sambung jurnal.
------------------------------------
16 - 18/8/2010 (Isnin-Rabu)
3 hari ini berlangsungnya Ujian Prestasi 2, so apa kena buat hanyalah masuk dan jaga peperiksaan. Ni adalah first time aku jadi pengawas peperiksaan. Haha! Rasa janggal gila, bangga pon ada. Dulu aku yang duduk pening2 jawab kertas exam tu. Skang ni aku jalan2 pantau orang exm. Macam2 gaya ada, garu kepala, conteng kertas, usha2 kawan sebelah. Camni la aku dulu kot?


19/8/2010 (Khamis)
Ni hari terakhir aku kena observe. Kali ni En Jalal nak observe subjek PK. Tajuk yang diajar adalah Penyakit Berjangkit. Aku pakai makmal komputer untuk persembahan slideshow. Kebetulan plak 2 hari lepas aku pegi Lowyat teman Ijat beli digicam. Aku plak beli mouse cordless bluetooth sebab mouse lama nak rosak dah. So bila time observe presentation aku berdiri la kat tepi layar LCD tu sebab guru kena ada kat depan murid. Laptop pulak membelakangi murid, takkan nak lepak situ? Nanti kena marah dengan En Jalal plak sebab membelakangi murid. So aku pakai la mouse tu untuk ubah2 slide presentation aku secara wirelessnya dan pada masa yang sama ada kat depan murid-murid. Lepas kena observe aku tanya la si Arip  En Jalal komen apa kat aku sebab kebetulan Arip lepak sebelah En Jalal time aku kena observe. Si Arip bagitau... "Dari awal ko mengajar sampai abeh die asik tanya aku pasal mouse ko je, canggih katenye". Haha!



20/8/2010 (Jumaat)
Pagi ada bacaan Yasin. Yasin terakhir dibacakan oleh saudara Arif sebab arini adalah hari terakhir bagi kami kat sini. Lepas tu aku masuk kelas 4 Bakawali, 4 Dahlia, 4 Kenanga dan 4 Melur. Pegi jumpa diorang untuk kali terakhir. Pastu bagi diorang hadiah sorang satu. Ada yang muka sedih, ada yang muka hepi. Pelik pulak aku. Aku bagi hadiah sorang satu. Ala pensel je pon untuk diorang belajar. Then pegi la pejabat mintak cop dan tandatangan GPK atas dokumen2 yang penting. Jumpa guru pembimbing jugak mintak tandatangan borang2 tertentu. Lepas tu jumpa cikgu2 salam. Kol 12.30, selamat tinggal SKSU.

Ini je yang mampu cikgu bagi
------------------------------------
Perasaan suka sebab dah habis praktikum bercampur baur dengan perasaan sedih bila tengok balik muka anak-anak murid yang kita ajar. Rasa macam tak sanggup pulak tinggalkan diorang.

      "Cikgu, jangan pergi cikgu. Sape nak ajar kitorang PJ? Sape nak cerita hantu kat
       kami?"
      "Nak buat macam mana? Cikgu kat sini 2 bulan je,"ujar aku.

Itu je yang mampu aku cakapkan. Sampai yang merajuk2 pon ada. Aku dah la tak reti pujuk. Cikgu-cikgu SKSU lak tak banyak sangat feedback sebab masing-masing bz. Kepada anak2 SKSU terutamanya kelas 4 Bakawali, 4 Dahlia, 4 Kenanga dan 4 Melur, terima kasih sebab bagi peluang cikgu ajar korang. You all the best walaupun nakal sket..hehe. Kepada SKSU, terima kasih sebab aku dapat banyak pengalaman sepanjang di sana daripada teknik P&P sampai la ke politik tempat kerja. Kepada guru pembimbing, Cik Sabrella terima kasih sebab bimbing dan nilai kitorang secara professional. Kepada En Asmad, jasamu dikenang jua sebab bagi aku lepak makmal selalu. Wi-fi laju kat situ. Dan kepada Arip, Shakila, Ayin dan Mas, u guys memang rock! Thanx sebab selalu lepak dan gelak sama2. Rindu korang. Akhir sekali......

~Selamat Tinggal SKSU~

18 August 2010

Worried

 
Take my hands
Let us carve a smile together
You won't feel anything

Just think how bad it was
And let it go through your tears, shiver
Just once
Then never you touch it again




Never!!

17 August 2010

Jurnal Praktikum Minggu 7 (Fasa 2)

Sengal-sengal badan tak habis lagi. Punca drive KL-Kedah dan Kedah-KL dalam 1 hari. Ms.W kan sakit. Oh btw, tinggal lagi seminggu nak abes...Yeah!

 ----------------------------------------

9/8/2010 (Isnin)
Lepas perhimpunan terus buat kelas. Tak nak miss kelas sebab tak lama dah dengan diorang. Subjek PK ajar tajuk Pencegahan Kebakaran. Teori je la. Fasa penutup paling best sebab tayang video Mickey Mouse psal kebakaran. Diorang memang enjoy habis la tengok.


Video Mickey Mouse


10/8/2010 (Selasa)
Ada 2 kelas PJ pagi ni. Kak Bell pulak nak observe sebab nak bagi markah untuk kelas terakhir PJ sebelum bulan puasa. Memang masalah sket la. Ajar tajuk fleksibiliti lepas tu tak cukup masa pulak. Bukan sebab aktiviti banyak, tapi sebab nak urus organisasi kelas tu. Dalam bahasa mudah nak susun budak untuk buat aktiviti tu. Sebab antara 1 aktiviti ke aktiviti lain organisasi dia lain. Buang masa bagi arahan je. Tambah bila ada yang tak faham lepas tu kena ulang. Tu belum yang degil siap nak kena marah budak lagi. Buang masa kat situ lagi. Sabar2. Last dah ni.... 

Nak buat organisasi macam ni pon makan masa tau

11/8/2010 (Rabu)
Puasa dah bermula. Kelas PJ semua dah ditukar jadi PK. Tapi kelas PK diorang semua dah belajar. So aku masuk kelas diorang borak2 je la disamping bagi nasihat sebab dah nak habis praktikal. Diorang ni semua sedih bila tau aku tinggal seminggu je lagi kat sini. Lepas tu banyak surat-surat aku dapat dari murid-murid kelas yang aku mengajar. Nanti aku review dalam post yang berasingan k?

12/8/2010 (Khamis)
Macam biasa aku masuk borak jugak. Cakap aku tinggal seminggu ja tinggal sini. Aku tanya best tak aku ajar? Feedback yang aku dapat positif la. Masa awal-awal dulu time aku mula mengajar diorang, sket2 nak main bola la, badminton la, tak nak PJ la. Tapi skang diorang suka plak. Tak nak cikgu lama ajar diorang sebab katanya nanti boring tak dak game cam biasa aku buat.

13/8/2010 (Jumaat)
Pagi ada bacaan Yasin lagi oleh Arif. Aku lepak belakang je dengan En Asmad.

 ----------------------------------------

Minggu depan rilek la.. Ada Ujian Prestasi 2. So kelas tak ada.

12 August 2010

Jurnal Praktikum Minggu 6 (Fasa 2)

Minggu bersilih ganti. Tak lama nanti habis la praktikal kat sini. 2 minggu je lagi. Wah, dah macam pantun plak.
---------------------------------------

2/8/2010 (Isnin)
Isnin macam biasa la beb, perhimpunan. Kelas PK aku lepas tu terpaksa halal sebab lepas perhimpunan buat spot check. Murid laki kena check stoking, rambut, kuku. Biasa la tu, zaman aku dulu pon ada. Cuma bila zaman dah berubah, mesti ada benda baru. Contohnya sekarang jadi trend conteng kasut dengan pen. So yang kasut berconteng tu sah-sah kantoi. Murid perempuan lak kena check......... ntah? Aku pon tak pegi amek pot kat murid pompuan. Rasanya mesti benda2 biasa la cam stoking tu. Tapi aku dengar cerita cikgu2 pompuan cek budak2 pompuan ni pakai seluar dalam ke tak. Tapi tak konfem la cerita tu betul ke tak. Kalo betul memang satu benda baru la.

3/8/2010 (Selasa)
Hari yang penuh debaran sudah tiba. En Jalal datang nak observe. Yang kena observe aku, Rabani dan Hambali. Dia komen penulisan RPH dah bertambah baik, tak macam dulu. Siap RPH aku dan Rabani boleh dijadikan contoh. Bangga di situ seketika. Cuma Hambali ada silap. Tak sangka pulak. Aku ingat Hambali RPH dia dah perfect sebab tak penah kena tegur pon. Lepas ni kena tolong guide dia. Rabani En Jalal komen macam mengajar dalam RTM TV1. Sebab terlalu stiff. Arahan memang standard ayat dalam buku. Bahasa baku original punya. Macam dah plan susun ayat tu. Hafal ke? Tapi yang peliknya, kelas dia mengajar tu 4 Nilam rasanya. Kelas2 belakang jugak yang nakal2 ni. Tapi yang peliknye, kelas dia memang terkawal. Budak2 ikut je arahan dia tanpa sebarang bising2. Akur je. Apa rahsianya?? Kelas Hambali terlalu fun, kadang2 aktiviti ikot suka hati je. Tapi budak2 memang enjoy la. Aku plak tengah2. Ada masa fun, kita fun. Ada masa budak kena tengking, kita serius. Lepas tu En Jalal mintak kitorang tulis RPH dengan tangan. Memang seksa. Ijat punya RPH sampai 16 mukasurat untuk 1 sesi P&P sahaja! Lepas tu kena siapkan folio. Pukul 3 pagi jugak la kitorang tido.


4/8/2010 (Rabu)
RPH siap tulis tangan. Tapi tak jadi mengajar sebab hujan. Nak pakai dewan terbuka pulak tengah ada Ujian SEGAK untuk Tahun 5. Dewan full. So bawak la ke kelas diorang. Lepas kelas pulak aku tolong Kak Bell bertugas untuk ujian SEGAK. Jaga stesen naik turun bangku. Rabu malam ada Ceramah Motivasi oleh YM Raja Ismail Raja Shahadan atau lebih mesra dengan panggilan Pak Engku.



5/8/2010 (Khamis)
Hari ini enggak ada kelas, sebab giliran ujian SEGAK hari ni Tahun 4. So aku jaga stesen naik turun bangku lagi sebab dah itu keja aku dalam jawatan kuasa tugas. Arif jaga jangkauan melunjur. Kat stesen naik turun bangku kena buat aktiviti tu selama 2 minit lepas tu ambil kadar nadi. Ada yang sebelum 2 minit pon da tercungap2. Paling lawak yang ambil nadi letak tangan kat dada pon ada. Adus, pelik betul budak2 ni. Kesalahan biasa ambil bacaan nadi pakai ibu jari tu biasa la. So aku tegur la siapa yang pakai ibu jari untuk ambil bacaan tu. Ibu jari tak boleh sebab dekat ibu jari sendiri pon ada denyutan nadi. So nanti dia akan menganggu kiraan nadi nak rasa kat pergelangan tangan tu. So kena la pakai jari telunjuk dan jari hantu yang dirapatkan untuk mengambil bacaan nadi.


6/8/2010 (Jumaat)
Hari ini pon enggak ada kelas. Tapi pagi2 lagi ada bacaan yasin diketuai oleh Arif. Lepas tu ada Ceramah  Pencegahan Jenayah oleh 2 orang wakil dari Balai Polis Klang iaitu Sarjan T.Ages dan Sarjan Mejar Azmi.


7/8/2010 (Sabtu)
Sabtu ada kelas ganti untuk sambutan Perayaan Deepavali bulan November ni. Awal btol ganti. Memang cukup malas nak pegi tambah2 hari Sabtu. Nasib baik la tak dak kelas. Ada Majlis Penutup Bulan Pusat Sumber. Aku kena jadi MC pulak dengan Mas....Haishhhh.Xpnah2..


  ---------------------------------------

Hari Sabtu lepas sekolah terus pegi Bangi bawak Ms.W pegi klinik. Dia sakit. Lepas maghrib terus hantar Ms.W balik Kulim. Esoknya Ahad drive balik KL. Memang penat sangat2. Doakan Ms.W cepat sembuh ya? Aminnnn...

11 August 2010

One Word...

S  a  b  a  r








Selamat menyambut kedatangan Bulan Ramadan Al-Mubarak
Moga amalan puasa kalian diberkati Allah S.W.T.

07 August 2010

For Us To Share

 
You see no bruise
You see no mark on my skin
Yet I feel the pain

A single cut on her hand
Soon a bleeding arm for me

Tears for her
A thousand blade
Slice through my skin

I can't cure
I can't heal
All I can do
Hold her close
Place my chin upon her brow
And whisper

"Dear Allah, please take her pain away"

06 August 2010

Obviously It Didn't


I always thought
If I did the right thing
If I treated people right
Then good things would happen to me




Well, maybe what I did wasn't good enough

03 August 2010

Jurnal Praktikum Minggu 5 (Fasa 2)

Alhamdulillah, dah genap sebulan kat SKSU. Tak ada masalah so far dan semuanya berjalan lancar. Enjoy je rasa bertugas kat sini. Rasa malas pula nak balik maktab tu. Nanti konpem assignment dan project bersepah2.

----------------------------------------------

26/8/2010 (Isnin)
Isnin adalah hari perhimpunan mingguan ye. Itu adalah pengetahuan am bagi semua. Tak dak apa yang menarik. Subjek PK bagi minggu bertajuk Penyalahgunaan Bahan. Apa yang disentuh ialah panduan penggunaan ubat-ubatan dan bahaya racun. P&P kali ni pakai makmal komputer atas permintaan Cik Bell a.k.a. guru pembimbing yang dikasihi (bagi markah lebih sket ye). Ingatkan kelas akan berjalan dengan baik. Tapi masalah jugak pakai makmal komputer ni. Kerusi kat makmal kan jenis yang berpusing-pusing tu. So murid lebih cenderung nak berpusing-pusing dari dengar cikgu cakap kat depan. So penambaikan yang aku buat adalah suruh diorang duduk atas lantai mengadap slaid sebab dah pening aku tengok diorang berpusing-pusing.Hadoiii....

 Kerusi berpusing-pusing di makmal komputer
 27/8/2010 (Selasa)
Hari selasa ada raptai Persaraan Guru Besar, semua murid-murid terlibat. Dah siap inform En Jalal lagi pasal event ni. Kang tak psal dia datang nak observe. So kelas free la. Tapi kena melibatkan diri jugak tengok raptai ni. Sampai 2 kali ulang raptai.

Posing semacam

Yang diraikan Tuan Haji Azkiah b. Hj Nor (baju pengakap)
28/8/2010 (Rabu) 
Tibalah kemuncak sambutan Majlis Persaraan Guru Besar, Tuan Haji Azkiah B. Hj Nor. Macam-macam persembahan ada. Masa Guru Besar masuk sekolah diiring kompang. Lepas tu persembahan silat pulak. Setelah VIP mengambil tempat, ada ucapan-ucapan dari wakil guru, YDP PIBG, pegawai PPD dan yang diraikan Tuan Guru Besar. Pastu ada persembahan nasyid, choral speaking dan koir. Layan je. Yang penting tu disebelah petang ada high tea kat Hotel Concorde Shah Alam. Masuk parking kena bayar RM7 per entry. Mak ai. Tapi puas hati la makanan semua sedap-sedap. Paling bes mushroom soup dia. Perghhh! Mushroom soup yang terbaik aku penah makan. Pastu dapat pulak cabutan bertuah berupa sebuah seterika eletrik berjenama. Huhu. Nasib baik tak dapat frame gambar. Syukur la sebab dapat.

Bersama Arif dan Herwan

Mushroom soup yang sedap

Dapat cabutan bertuah
 29/8/2010 (Khamis)
Hari ini En Jalal datang. Tapi tak sempat observe aku sebab dia pegi observe si Aizat kat sekolah sebelah. Dia datang sekolah aku pon time dah abes kelas. So dia observe Arif je. Mood dia tak berapa baik aritu sampaikan si Arif kena tempias. Dia tak puas hati dengan perfomance Aizat yang buat PJ kaedah stesen. Kelas dia berterabur. Mana tak bersepah? Sampai 6 stesen murid-murid kena lalui. Cikgu pulak tak sempat nak pantau semua. Kalo aku buat 3 stesen pon aku tak yakin. Tambah-tambah murif Tahun 4 yang buat. Kalo Tahun 6 tu boleh harap jugak la. So mengamuk En Jalal aritu. Si Arif tak psal2 dapat borang PR1 kosong sebab dia tak mood nak isi. Pastu kena komen psal lesson plan yang tak detail. Lepas tu dia bebel kat Cik Bell kitorang pulak. Dengan PK sekali pon dia pegi jumpa. Sabau En Jalal....sabau..

30/8/2010 (Jumaat)
Dua hari lepas ada jamuan. Arini pon ada jamuan lagi. Gems la camni. Cik Bell mintak aku potong buah tembikai. Belasah je! Jamuan ni sempena Bacaam Yasin dan Tahlil untuk murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR nanti. Semua murid terlibat tapi Arif terpaksa buat kelas sebab En Jalal cakap nak datang. Siap siaga la.



----------------------------------------------

Weekend relax.. Yeah!
p/s: banyak gambar saya kan?tengkiu Kak Bell!