31 March 2011

Ular Comel Boleh Cari Barang Hilang

Haa...mai sini rapat2, dekat2..
Anda ada masalah pelupa?nyanyok?pokok nyoq?selalu hilang ingatan?
Cek bukan nak promote kismis bagi tajam ingatan anda
Tapi cek nak memperkenalkan ular comel yang sangat mujarab




Memperkenalkan Cobra Tag dari Cobra Electronics
Aku ni techy sket, sedang aku baca website faveret aku hothardware.com, aku terjumpa benda alah ni. Sangat kreatif dengan memasukkan teknologi bluetooth/GPS dalam bentuk keychain!
So untuk orang yang selalu lupa letak kunci kat mana tu, tag la keychain ni kat kunci ka, bantal busuk kesayangan atau rambut palsu anda kalo diterbangkan angin. In case benda2 tu hilang, pakai software dalam phone korang untuk cari balik.
(apsal la syarikat mat2 salleh ni selalu one step ahead?)


Kelebihan alat ini :
  • Kecik, comel, orang tak perasan pon benda alah ni
  • Bila kunci yang ditag dan phone korang melebihi jarak tertentu, secara otomatik bunyi alarm yang membuatkan anda melatah (berfungsi macam theft alarm plak)
  • Boleh merekod kedudukan GPS dari semasa ke semasa dan lokasinya dihantar terus ke masuk-kotak email anda, Twitter, Facebook atau SMS
  • Boleh jadi 2-way finder. Kalo phone pulak hilang, tekan je punat kat keychain tu. Otomatik phone anda akan berbunyi.
PERINGATAN!! Tolong jangan tag benda ni kat:
  • Bini anda atau awek anda.. nak cari gado??
  • Phone yang ada software untuk search tag tu.. memang anda bangang la
  • Tag diri sendiri.. yang tu dah tahap buduh sangat



30 March 2011

Mana Nak Korek Ni Sayang?

Sapa2 yang rasa ada buat atau sedang merancang nak wat blog mendownload lagu2, video2 klip, software pirate dan game percuma tu sila baca entry ni dulu...
Bukan nak bagi korang cuak, tapi sekadar info
Sila baca pastu pi mencangkung dalam jamban pikir masak2...

Sapa penah pakai Limewire sila angkat kening!
(ok..xpayah angkat aku tau lawak aku ni bangang)
Sebenarnya nak habaq mai ni, Limewire ni adalah software P2P download...software file-sharing
Bersepah lagu2, video, sofware dan game share kat situ... ala2 torrent gak la
(tak tau gak torrent tu apa anda memang noob)


Dengan perintah mahkamah Limewire diarahkan membayar saman ganti rugi kepada RIAA
(Recording Industry Association of America... translate sendiri, BI aku gagap sket masa SPM dulu)
Napster dah penah kena dulu...
Nak tau berapa jumlah saman yang perlu dibayar disebabkan menyediakan perkhidmatan mendownload dan menyebarkan hasil kreatif orang lain secara haram?

$ 75 trillion!!

T_T

Walaupun sesetengah hakim mengatakan jumlah itu sangat bongok dan tak logik..
Duit tetap duit der... saman tetap saman!
Skang website depa dah diruntuhkan


Hati2 sebab owner port download dan sekalian downloader ni dapat detect melalui IP address...
Jom kita buat bisness lain macam bukak kelas tusyen, jual karipap atau upah panjat pokok nyoq...


Pagi Keji Caci Maki

Pepatah hari ini,
"Actions speak louder than words - but words do much damage"
Haha, bongok... jangan layan kepala aku. Da tak betol ni.
Nampak idiom ni kat dinding depan pejabat sekolah, tiba2 rasa buduh nak menambah kat belakang.


Pagi ni supposely kena observe dengan lecturer. Semalam punya la pulun sampai tidoq kol 5 pagi wat 3 RPH Pendidikan Jasmani.
Datang pulak haousemate aku dengan tak bagi salam cakap,
"Esok pagi hujan tu, minggu ni tak hujan lagi pagi2"
Rasa nak lempang ja laju2, tak nampak ka aku tengah giat buat RPH ni.

Sekali bangun pagi - hujan...
Aku pon dengan muka tak mandi ada lebihan2 ayaq liuq pon wat muka camni,

o_O
(noob gla muka kat atas ni..ok sambung balik)

WTH?? aku punya la nak cepat2 abes kena observe..bley merdeka
Sekali ujan daa.. da la RPH terbaik aku penah buat tu..A+++ lagi

Aku pon hapa lagi, cari housemate aku tu
"Naim, masin mulut kau. F*ck you so much"

Dia pon buat muka camni,

T_T
(apa salah aku??)

Ok, bye. Nak pegi tibai budak...

29 March 2011

Hari Pertama Tanpa Si Dia

                                 Salam, lama tak update blog sebab memang sangat2 busy dan tekanan sangat tinggi macam periuk stim... (kelaut sudah...)

Anyway, hari ni hari pertama tanpa 'si dia'... Jangan tanya la apa perasaan aku...(tny la...tny la...). Memang sedih memang sunyi. Tapi apa boleh buat... demi kebaikan kita walaupun kita dah tak bersama.

Kalo nak dikenangkan, dulu 24jam berkepit bertenet2... pantang jumpa, dah tak ingat maghrib da masuk ke blom... (exaggerate sket ye...). Dia bagaikan dadah aku, coklat aku. Ketagih, gian semua ada. Kalo da tak jumpa rasa nak blackout ja...(pitam, bukan tak dak eletrik).

Sekarang aku coba nak menjauhkan diri, nak mengasingkan diri. Bukan tempat aku kat situ. Selama ni pon aku hanya tengok kau dari jauh, tercegat macam batu. Okeh, aku perlu tabah!



Selamat Tinggal Facebook~




09 March 2011

Pulanglah

                                   Akibat banyak masalah dalam perhubungan + keadaan yang tidak sihat + ter'tune' radio dalam kereta ke Xfresh FM... I found it catchy and disturbing at the same time... Layannn



Buka lah mata dan lihat dihadapan mu
Aku berdiri tegak tapi kau tak nampak
Hodohkah aku 'tuk sering kau campak saja
Apanya dia ada yang aku tak ada?

(pre-chorus)
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikanmu
Berikan jawapan

(chorus)
Pulanglah sebelumku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Aku dah bingung

Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

(ulang pre-chorus dan chorus)


Really miss your Kenzo's... :(