21 August 2010

Jurnal Praktikum Minggu 8 (Fasa 2)

Minggu ni last praktikal...Yeah! Minggu ni agak rilek sebab ada Ujian Prestasi 2. Sepanjang bulan Ramadan ni asik berbuka dengan nasi ambeng beli kat bazar Ramadan Kampung Delik. Harga RM4 tapi mak aihh nasi banyak, sedap pon sedap. Memang terbaik! Aisehhh...jadi orang Jawa la gamaknye. Sambal kicap yang sedap kat kantin tu memang tak jumpa dah.

 Nasi ambeng terbaik dari ladang habaq hang

Okeh, ni bukan post untuk review makanan ye? Kita sambung jurnal.
------------------------------------
16 - 18/8/2010 (Isnin-Rabu)
3 hari ini berlangsungnya Ujian Prestasi 2, so apa kena buat hanyalah masuk dan jaga peperiksaan. Ni adalah first time aku jadi pengawas peperiksaan. Haha! Rasa janggal gila, bangga pon ada. Dulu aku yang duduk pening2 jawab kertas exam tu. Skang ni aku jalan2 pantau orang exm. Macam2 gaya ada, garu kepala, conteng kertas, usha2 kawan sebelah. Camni la aku dulu kot?


19/8/2010 (Khamis)
Ni hari terakhir aku kena observe. Kali ni En Jalal nak observe subjek PK. Tajuk yang diajar adalah Penyakit Berjangkit. Aku pakai makmal komputer untuk persembahan slideshow. Kebetulan plak 2 hari lepas aku pegi Lowyat teman Ijat beli digicam. Aku plak beli mouse cordless bluetooth sebab mouse lama nak rosak dah. So bila time observe presentation aku berdiri la kat tepi layar LCD tu sebab guru kena ada kat depan murid. Laptop pulak membelakangi murid, takkan nak lepak situ? Nanti kena marah dengan En Jalal plak sebab membelakangi murid. So aku pakai la mouse tu untuk ubah2 slide presentation aku secara wirelessnya dan pada masa yang sama ada kat depan murid-murid. Lepas kena observe aku tanya la si Arip  En Jalal komen apa kat aku sebab kebetulan Arip lepak sebelah En Jalal time aku kena observe. Si Arip bagitau... "Dari awal ko mengajar sampai abeh die asik tanya aku pasal mouse ko je, canggih katenye". Haha!



20/8/2010 (Jumaat)
Pagi ada bacaan Yasin. Yasin terakhir dibacakan oleh saudara Arif sebab arini adalah hari terakhir bagi kami kat sini. Lepas tu aku masuk kelas 4 Bakawali, 4 Dahlia, 4 Kenanga dan 4 Melur. Pegi jumpa diorang untuk kali terakhir. Pastu bagi diorang hadiah sorang satu. Ada yang muka sedih, ada yang muka hepi. Pelik pulak aku. Aku bagi hadiah sorang satu. Ala pensel je pon untuk diorang belajar. Then pegi la pejabat mintak cop dan tandatangan GPK atas dokumen2 yang penting. Jumpa guru pembimbing jugak mintak tandatangan borang2 tertentu. Lepas tu jumpa cikgu2 salam. Kol 12.30, selamat tinggal SKSU.

Ini je yang mampu cikgu bagi
------------------------------------
Perasaan suka sebab dah habis praktikum bercampur baur dengan perasaan sedih bila tengok balik muka anak-anak murid yang kita ajar. Rasa macam tak sanggup pulak tinggalkan diorang.

      "Cikgu, jangan pergi cikgu. Sape nak ajar kitorang PJ? Sape nak cerita hantu kat
       kami?"
      "Nak buat macam mana? Cikgu kat sini 2 bulan je,"ujar aku.

Itu je yang mampu aku cakapkan. Sampai yang merajuk2 pon ada. Aku dah la tak reti pujuk. Cikgu-cikgu SKSU lak tak banyak sangat feedback sebab masing-masing bz. Kepada anak2 SKSU terutamanya kelas 4 Bakawali, 4 Dahlia, 4 Kenanga dan 4 Melur, terima kasih sebab bagi peluang cikgu ajar korang. You all the best walaupun nakal sket..hehe. Kepada SKSU, terima kasih sebab aku dapat banyak pengalaman sepanjang di sana daripada teknik P&P sampai la ke politik tempat kerja. Kepada guru pembimbing, Cik Sabrella terima kasih sebab bimbing dan nilai kitorang secara professional. Kepada En Asmad, jasamu dikenang jua sebab bagi aku lepak makmal selalu. Wi-fi laju kat situ. Dan kepada Arip, Shakila, Ayin dan Mas, u guys memang rock! Thanx sebab selalu lepak dan gelak sama2. Rindu korang. Akhir sekali......

~Selamat Tinggal SKSU~

8 comments:

mirachantek said...

whoah. dah jatuh sayang ye ngn sekolah udang tu.

Mr.P said...

mesti la..
mmg syg gle kt bdak2 yg pali ajar tu..

mashi mas said...

eee....

sempat nak tayang mouse die tuh...

weyh...

thanks gak bab layan aku...

rindu doh kat kau pak cik~~

syafawani said...

nak mouse tu jugak..

Anonymous said...

wah ad name ak laa...

Mr.P said...

mashi mas:
mesti la tayang..haha
thanx gk sbb layan perangai aku n arip yang ntah hape2 nih..

syafawani:
nk mouse tu gk eh?jom beli

anonymous:
spe nih?shakila ke ayin?

Anonymous said...

akuHAINkosape yaww!!

Mr.P said...

haha..bongok ko ayin..