20 February 2011

The Best Header For Apezs


  • Letak header apezs yg sekarang ni - SETEL.

header lama si Apezs
  • Follow blog ini, supaya mudah untuk berurusan masa akan datang kan - SETEL.
  • Korang jangan lupa tajuknya : The Best Header For Apezs dan LINK kan tajuk itu ke entri ini - SETEL
  • Korang bolehla mencipta satu header yg bersesuaian dengan blog ini - SETEL.

sila klik gambar untuk lihat flash

  • Selepas header yg korang buat kemas diletakkan, pada entri korang sila buat satu ucapan yg menunjukkan keikhlasan header itu dibuat. Tidak lebih dari 100 patah perkataan. 
Kepada Enchik Apezs, walaupun anda saya baru kenal, saya tetap bertungkus lumus memberikan yang terbaik kepada anda. Saya memerah keringat dan otak mencari tiap2 malam mencari mentol lampu yang dipanggil idea untuk membikin header ini walaupun sebok menjalani praktikal - boleh baca jurnal saya k?hehe... Elemen saya gunakan adalah ciri2 graffiti, suatu yang amat unik untuk dihasilkan. Pemandangan di hari hujan di sebalik tirai kaca pula merupakan perspektif pembaca blog yang merasakan anda ni cool...err btol tak ni?huhu.. . Sory kalo sound effect di hari hujan tu mengganggu tumpuan pembaca blog, oleh itu ada butang mute kat bawah header tu. Matlamat saya adalah mencari kepuasan menghasilkan artwork supaya dihargai. So, pakai header ni yop jangan tak pakai! Hehe... 

  • Tinggalkan URL/link entri yg korang buat itu di ENTRI ini - SETEL.


SETEL...SETEL...SETEL...!!!


15 February 2011

Jurnal Praktikum Minggu 1 (Fasa 3)



Praktikum kali ni servis bertukar tangan kepada Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai, Ampang. Untuk Fasa 3 kitorang akan berpraktikum selama 12 minggu atau 3 bulan. Yang besnye, sekolah ni dekattttt sangat. 10 minit naik motor pon sampai. Laluan pon melawan arus jem orang nak pergi kerja ke KL. So bertolak pukul 7.10 pagi pon sempat lagi sampai sana.

7/2/2011 (Isnin)
Hari pertama terus lapor diri ke pejabat. Tapi PK1, Cikgu Yasmin suruh join perhimpunan pagi. Nasib baik tak kena berucap. Turn out Guru Besar sekolah ni warga Cina, so aku agak mesti strict gila. Lepas perhimpunan, terserempak dengan beberapa orang guru praktikal dari Institut Perguruan Teknik. Semuanya 6 orang semua lelaki. Tambah2 pulak semua satu kepala. Memang bes aa. Masuk bilik guru ja dah kena fire. Ada sorang cikgu laki ni cakap kitorang sombong masuk umah orang tak bertegur. Eh, agak2 aa. Baru langkah masuk bilik guru kot. Kang ada yang makan kasut kang. Rupa2nya dia orang Melaka. Mulut direct sket. Nasib baik.

8/2/2011 (Selasa)
Jadual dah dapat. Kitorang mintak 8 jam waktu mengajar dengan 6 waktu PJ+2 waktu PSK (Pendidikan Sivik). Tapi sakit sket sebab waktu tu semua setengah jam. Maknanya banyak la RPH nak kena tulis since fasa kali ni kitorang tak dibenarkan print RPH dah. Tapi besnya pulak hari Isnin aku free sangat2. Hehe.


9/2/2011 (Rabu)
Minggu ni minggu pengurusan, so aku masuk je kelas ikot jadual tu. Try nak blend in dengan diorang. Ajar kelas darjah 1 Lily bes sangat2! Comel je budak2 tu. Lagipon semua dengar cakap. Senang nak ajar. Darjah 3 Kekwa pon boleh tahan. Tapi nakal sket la. Then masuk kelas PSK 4 Lily. Tak sangka sekejap je boley rapat dengan diorang. Petang pulak ada Gerko. So stay sampai petang. Aku ambil PBSM ajar kawad dan Kelab Permainan Bola Tampar.

10/2/2011 (Khamis)
Hari ni ajar PJ kelas 5 Orkid. Macam biasa nak blend in dulu la. Skali tengok budak2nya nakal. So petuanya, first time kelas kena tegas. Tinggikan suara jika perlu. Dekat bilik guru pulak, Cikgu Yasmin a.k.a. PK1 bawa berita tak gembira. Masa pengajaran aku ditambah lagi atas permintaan pensyarah pembimbing aku, Pn Hafidzah. So tambah lagi 2 masa PSK pada hari Isnin. Tak dak lagi hari free. Sedih.


11/2/2011 (Jumaat)
Hari ni kelas 5 Orkid lagi. Budak2 macam dah faham aku ni macam mana. So akur je apa yang aku ajar. Aku ajar tajuk daya tahan otot. Kasi budak2 ni sit-up sket.



Sorry tak dak gambar...tak sempat. Next time okeh!


14 February 2011

A Joke On Planet Uranus!



Who did actually played Mass Effect 2 game? Well, I did. It was a year since I left it. I completed all the missions with one exception. The game provides us with ability to mine a planet for ore or minerals that will be used in the game. I didn't explore all the planets for mining job.

So I played again and went to explore the Solar System instead of any alien planets. After planets by planets, I stumbled upon Uranus, the 7th planet from the sun. With scanner I detected some minerals. In order to mine, the starship has to send a probe down to the planet to get the mineral. So I carefully placed the scanner onto the target and clicked to launch the probe.

Then comes the funniest part. Normally the ship's computer will say 'probe away' or 'sending probe' when I clicked on the target. This time it says, 'really Commander?'. I was like wth? Is it a glitch? Then, when the second probe I launched the computer said 'probing Uranus'. At first I didn't expect anything but then when I remembered back what the computer said at first.......WTF?!! The computer actually said 'probing your anus'?? I laughed my ass off!


Is it the game developer being pervert or it's just me? =D


13 February 2011

Di Mana Lampu Mentolku?

Weekend ni tak banyak buat apa. Lepas seminggu praktikal kat SK Taman Bukit Teratai, rasa macam nak baring je sepanjang weekend. Nak kuar makan pon malas. So, aku lepak kat umah, cari ketenangan dengan buat artwork! Yeah!

Aritu ada la mamat mana ntah pegi rekemen aku kat blog Apezs untuk join contest header dia. So aku pon terfikir la nak join. Boleh asah balik bakat2 yang mana dah tumpul tu. Tapi memandangkan tengah praktikal dengan 10-waktu-mengajar-seminggu-banyak-nak-mampus dan 9-rancangan-pengajaran-panjang-berjela yang dibuat, aku perasan sangat susah untuk mencari seketul lampu mentol yang dipanggil idea untuk buat header tu. Apa pon, dah siap sket. So aku bagi preview sket kat bawah ni.




Nak tengok lg? Haha! Tak ley banyak2... Korang ni tamak btol! Sabar ye terutama kepada Apezs. Lagipon tak siap sepenuhnya. Nanti aku kasi tengok puas2 okeh? Korang tatap la tiap2 hari sebelom masuk tido pon bila dah siap nanti.


11 February 2011

The Best Of Both Worlds


I can be like him
And I'm surely reacted like him too
In fact, I'm Dr Jekyll and Mr Hyde



I might be a good guy, but not a good person...


07 February 2011