12 August 2010

Jurnal Praktikum Minggu 6 (Fasa 2)

Minggu bersilih ganti. Tak lama nanti habis la praktikal kat sini. 2 minggu je lagi. Wah, dah macam pantun plak.
---------------------------------------

2/8/2010 (Isnin)
Isnin macam biasa la beb, perhimpunan. Kelas PK aku lepas tu terpaksa halal sebab lepas perhimpunan buat spot check. Murid laki kena check stoking, rambut, kuku. Biasa la tu, zaman aku dulu pon ada. Cuma bila zaman dah berubah, mesti ada benda baru. Contohnya sekarang jadi trend conteng kasut dengan pen. So yang kasut berconteng tu sah-sah kantoi. Murid perempuan lak kena check......... ntah? Aku pon tak pegi amek pot kat murid pompuan. Rasanya mesti benda2 biasa la cam stoking tu. Tapi aku dengar cerita cikgu2 pompuan cek budak2 pompuan ni pakai seluar dalam ke tak. Tapi tak konfem la cerita tu betul ke tak. Kalo betul memang satu benda baru la.

3/8/2010 (Selasa)
Hari yang penuh debaran sudah tiba. En Jalal datang nak observe. Yang kena observe aku, Rabani dan Hambali. Dia komen penulisan RPH dah bertambah baik, tak macam dulu. Siap RPH aku dan Rabani boleh dijadikan contoh. Bangga di situ seketika. Cuma Hambali ada silap. Tak sangka pulak. Aku ingat Hambali RPH dia dah perfect sebab tak penah kena tegur pon. Lepas ni kena tolong guide dia. Rabani En Jalal komen macam mengajar dalam RTM TV1. Sebab terlalu stiff. Arahan memang standard ayat dalam buku. Bahasa baku original punya. Macam dah plan susun ayat tu. Hafal ke? Tapi yang peliknya, kelas dia mengajar tu 4 Nilam rasanya. Kelas2 belakang jugak yang nakal2 ni. Tapi yang peliknye, kelas dia memang terkawal. Budak2 ikut je arahan dia tanpa sebarang bising2. Akur je. Apa rahsianya?? Kelas Hambali terlalu fun, kadang2 aktiviti ikot suka hati je. Tapi budak2 memang enjoy la. Aku plak tengah2. Ada masa fun, kita fun. Ada masa budak kena tengking, kita serius. Lepas tu En Jalal mintak kitorang tulis RPH dengan tangan. Memang seksa. Ijat punya RPH sampai 16 mukasurat untuk 1 sesi P&P sahaja! Lepas tu kena siapkan folio. Pukul 3 pagi jugak la kitorang tido.


4/8/2010 (Rabu)
RPH siap tulis tangan. Tapi tak jadi mengajar sebab hujan. Nak pakai dewan terbuka pulak tengah ada Ujian SEGAK untuk Tahun 5. Dewan full. So bawak la ke kelas diorang. Lepas kelas pulak aku tolong Kak Bell bertugas untuk ujian SEGAK. Jaga stesen naik turun bangku. Rabu malam ada Ceramah Motivasi oleh YM Raja Ismail Raja Shahadan atau lebih mesra dengan panggilan Pak Engku.



5/8/2010 (Khamis)
Hari ini enggak ada kelas, sebab giliran ujian SEGAK hari ni Tahun 4. So aku jaga stesen naik turun bangku lagi sebab dah itu keja aku dalam jawatan kuasa tugas. Arif jaga jangkauan melunjur. Kat stesen naik turun bangku kena buat aktiviti tu selama 2 minit lepas tu ambil kadar nadi. Ada yang sebelum 2 minit pon da tercungap2. Paling lawak yang ambil nadi letak tangan kat dada pon ada. Adus, pelik betul budak2 ni. Kesalahan biasa ambil bacaan nadi pakai ibu jari tu biasa la. So aku tegur la siapa yang pakai ibu jari untuk ambil bacaan tu. Ibu jari tak boleh sebab dekat ibu jari sendiri pon ada denyutan nadi. So nanti dia akan menganggu kiraan nadi nak rasa kat pergelangan tangan tu. So kena la pakai jari telunjuk dan jari hantu yang dirapatkan untuk mengambil bacaan nadi.


6/8/2010 (Jumaat)
Hari ini pon enggak ada kelas. Tapi pagi2 lagi ada bacaan yasin diketuai oleh Arif. Lepas tu ada Ceramah  Pencegahan Jenayah oleh 2 orang wakil dari Balai Polis Klang iaitu Sarjan T.Ages dan Sarjan Mejar Azmi.


7/8/2010 (Sabtu)
Sabtu ada kelas ganti untuk sambutan Perayaan Deepavali bulan November ni. Awal btol ganti. Memang cukup malas nak pegi tambah2 hari Sabtu. Nasib baik la tak dak kelas. Ada Majlis Penutup Bulan Pusat Sumber. Aku kena jadi MC pulak dengan Mas....Haishhhh.Xpnah2..


  ---------------------------------------

Hari Sabtu lepas sekolah terus pegi Bangi bawak Ms.W pegi klinik. Dia sakit. Lepas maghrib terus hantar Ms.W balik Kulim. Esoknya Ahad drive balik KL. Memang penat sangat2. Doakan Ms.W cepat sembuh ya? Aminnnn...

4 comments:

syafawani said...

aminnn...tq dear..!!
sowi ehh asik susahkan jep..tp nak wat cemana..sakitttt...huhuhu

Mr.P said...

ciannnn...org sakit kn?

~~Masha~~ said...

Jap je eh..dh nk abes prac..hehe..pasni smbg poser kt cheras je la eh..:-)

Mr.P said...

yep..pose kat cheras je..still mkn cara org bujang gk..