15 October 2010

Zack: Diam



Zack masih lagi ragu-ragu, termanggu-manggu. Apa Zack nak buat? Zack cuba tarik perhatian, cuba buat apa yang termampu untuk menjadi paksi segala tumpuan.

Sudah la ditinggalkan teman, bencana datang menimpa-nimpa pula. Macam mana Zack laluinya ialah dengan kata-kata bisu. Umpama Zack tidak pernah wujud di dalam kotak pemikiran itu, seolah-olah Zack tidak bernyawa dalam keluarga itu. Bertalu-talu dugaan diajukan oleh orang sekeliling tetapi Zack memilih untuk berbisu, bagaikan faham peguamnya suruh berbuat demikian. Sehinggakan keluarga sendiri sedikit demi sedikit menjauhkan langkah dari Zack.

Orang lain takut dengan Zack? Zack terkenal dengan sifat diam-diam ubi berisi. Kalau Zack sedang berdiam diri, dia umpama sedang menggenggam buku limanya dengan erat, mengumpul momentum, sedia untuk dilepaskan bagaikan singa kelaparan. Tapi, semua itu hanya kemungkinan. Mungkin Zack diam kosong. Menunggu peluang dan tuah dihidangkan bersama-sama.

Diri Zack hanya penuh dengan kebencian, dendam, tetapi tersembunyi sebalik senyuman dan loyar buruknya. Agendanya kekal tetapi masih ragu-ragu. Seorang yang pendendam dan pemaaf. Satu kombinasi yang tidak sesuai. Sebab itu Zack memilih untuk berdiam, saja membuat orang lain serba salah dengan langkah pertama mereka. Zack hanya menunggu noktah yang sesuai untuk menyerang. Menyerang teman yang meninggalkannya...


Jikalau noktah itu tidak pernah kunjung tiba, apa kau mahu buat?

No comments: