17 August 2010

Jurnal Praktikum Minggu 7 (Fasa 2)

Sengal-sengal badan tak habis lagi. Punca drive KL-Kedah dan Kedah-KL dalam 1 hari. Ms.W kan sakit. Oh btw, tinggal lagi seminggu nak abes...Yeah!

 ----------------------------------------

9/8/2010 (Isnin)
Lepas perhimpunan terus buat kelas. Tak nak miss kelas sebab tak lama dah dengan diorang. Subjek PK ajar tajuk Pencegahan Kebakaran. Teori je la. Fasa penutup paling best sebab tayang video Mickey Mouse psal kebakaran. Diorang memang enjoy habis la tengok.


Video Mickey Mouse


10/8/2010 (Selasa)
Ada 2 kelas PJ pagi ni. Kak Bell pulak nak observe sebab nak bagi markah untuk kelas terakhir PJ sebelum bulan puasa. Memang masalah sket la. Ajar tajuk fleksibiliti lepas tu tak cukup masa pulak. Bukan sebab aktiviti banyak, tapi sebab nak urus organisasi kelas tu. Dalam bahasa mudah nak susun budak untuk buat aktiviti tu. Sebab antara 1 aktiviti ke aktiviti lain organisasi dia lain. Buang masa bagi arahan je. Tambah bila ada yang tak faham lepas tu kena ulang. Tu belum yang degil siap nak kena marah budak lagi. Buang masa kat situ lagi. Sabar2. Last dah ni.... 

Nak buat organisasi macam ni pon makan masa tau

11/8/2010 (Rabu)
Puasa dah bermula. Kelas PJ semua dah ditukar jadi PK. Tapi kelas PK diorang semua dah belajar. So aku masuk kelas diorang borak2 je la disamping bagi nasihat sebab dah nak habis praktikal. Diorang ni semua sedih bila tau aku tinggal seminggu je lagi kat sini. Lepas tu banyak surat-surat aku dapat dari murid-murid kelas yang aku mengajar. Nanti aku review dalam post yang berasingan k?

12/8/2010 (Khamis)
Macam biasa aku masuk borak jugak. Cakap aku tinggal seminggu ja tinggal sini. Aku tanya best tak aku ajar? Feedback yang aku dapat positif la. Masa awal-awal dulu time aku mula mengajar diorang, sket2 nak main bola la, badminton la, tak nak PJ la. Tapi skang diorang suka plak. Tak nak cikgu lama ajar diorang sebab katanya nanti boring tak dak game cam biasa aku buat.

13/8/2010 (Jumaat)
Pagi ada bacaan Yasin lagi oleh Arif. Aku lepak belakang je dengan En Asmad.

 ----------------------------------------

Minggu depan rilek la.. Ada Ujian Prestasi 2. So kelas tak ada.

2 comments:

syafawani said...

mana video tu cek?huhu

Mr.P said...

sory2..
embed video blogger pny bikin prob..
pkai yg facebook pny video laju ja..
so da edit..sila tgk ye