12 April 2010

Jurnal Praktikum Minggu 3

Sory sebab lambat sket nak update jurnal ni. Weekend lepas agak rilek sampai terlalu malas nak wat apa2 kerja. Sampai nak kuar makan pon malas. Terperuk dalam umah saja. So follow through malas tu lama sket sampai membawak ke hari Isnin..Hehe. Ok la. Back to business, basically minggu 3 ni lebih fokus pada sesi P&P.

----------------------------------------------------------

4/4/2010 (Ahad)
Hari ni adalah temasya Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) sekolah. Buat hari ahad ni memang la aku lemah sket. Tapi disebabkan professionalisme seorang guru aku akur. Seawal 7.15 pagi aku dah terpacak kat sekolah. Terus aku tolong cikgu2 angkat barang, setup khemah dan alatan. Hari ini juga team gimnastik buat persembahan. Aku sempat record video sampai tengah ja, pastu bateri abeh sebab lupa cas. Insiden malang ada berlaku sket masa persembahan. Jiji beli 'party popper' bagi kat 2 orang budak yang paling atas masa formasi piramid tu. Masa demo kat belakang stor ok ja 'party popper' tu meletup. Bila time persembahan, terkial-kial diorang pulas benda tu nak bagi meletup. Tak menjadi plak. Hadoi. Bikin spoil....

 Kawat perbarisan rumah sukan

6/4/2010 (Selasa)
Isnin cuti peristiwa. Huhu. Best dapat terbongkang kat umah pagi2. Siap boley perli kawan2 yang kelam kabut bersiap nak pegi skolah lagi. Hari ni tak dak apa yang menarik. Aku mengajar kelas 1 Emas. selepas tu aku tinjau2 stor sukan untuk dikemas kini. Tengok la stor sukan yang agak tunggang langgang. Maklum la lepas KOT.

Stor sukan yang bakal kena renovate
 
7/4/2010 (Rabu)
Hari selasa ni lecturer pembimbing aku datang iaitu En. Zulkarnain. Beliau seorang yang sempoi, boley sembang buat member2. Tapi disebabkan hormat aku tak nak borak macam member2 sangat. Kedatangan beliau tu memang kena sangat timing. Kebetulan aku ada kelas dengan 3 Emas. Kelas yang agak terkawal dan dengar cakap. Aku buat aktiviti ketingting. Banyak mini games ketingting aku buat dan diorang semua enjoy sangat2. Tapi aku yang tak berapa happy sebab En. Zul tak fokus kat kelas aku sangat. Maybe esok dia akan fokus. Aku dah mula tepuk dahi. Sebabnya esok aku mengajar kelas 4 Emas. Memang kelas budak2 Henry Gurney punya style. Hari yang sama jugak Jiji cakap kat aku dia mengamuk kat kelas 4 Emas sebab ada budak pedajal nama dia dalam buku rekod disiplin.

8/4/2010 (Khamis)
Aku sampai macam biasa pagi ni. Rasanya terlambat sket kot. Haha. Ok, hari ni En. Zul nak observe aku. Kena plak kelas 4 Emas ni susah nak dikawal dan diorang ni agak langsi. Kalo sapa ada facebook boley tengok dalam photo album praktikum aku tu. Baru korang tau macam mana bahananya diorang. So untuk pikat hati budak2 aku bagi diorang main bola. Sebab tu favourite diorang. Bila time mengajar aku plak yang naik hangin. Macam aku tak ada kat depan ni ja. Suruh main bola dah macam main ragbi. Tak dengar cakap tu standard la. Kalo diorang dengar cakap tu yang aku pelik sket. Lepas abes kelas aku pegi kat En. Zul. Dia cakap kelas aku memang out of control sambil tersenyum. Aku memang dah agak dah pon. Tapi dia memang sempoi. Tak dak la macam lecturer lain nak marah2 aku ka sebab tak bley control kelas. Disebabkan tensen dengan 4 Emas, aku pon lukis mural kat depan stor sukan. Lega sket...hehe.

9/4/2010 (Jumaat)
Lecturer aku dah tak datang hari ni. Agaknya dia ada hal lain. So tak ada apa yang menarik kecuali aku kena relief kelas 4 Emas. Disebabkan bengang aku malas nak ajar apa2 kat diorang. Kelas relief ja pon. Masuk2 kelas diorang aku buat muka bengis, pegang pemadam papan putih tu dan aku cakap 'buat kerja sendiri, siapa bukak mulut cikgu baling dia dengan pemadam ni' sambil buat gaya nak baling. Memang diorang diam ja. Aku berjalan2 sekitar kelas sambil lambung2 pemadam tu kat tangan aku. Ada sekali masa aku lambung2 kat meja guru pemadam tu terjatuh atas meja. Terkejut beruk diorang dengar pemadam tu jatuh. Memang diorang takot sangat. Haaa..baru korang tau takot.

----------------------------------------------------------

7 comments:

mirachantek said...

ripping hearts using a duster? cool

Mr.P said...

hmmm.i found out something interesting..
most commentator akan comment psal hari jumaat..
bcoz thats the last thing on their mind..the last thing they read

mirachantek said...

maybe they're tolling their time to read others blog.
for me, hari jumaat kali nih yang paling interesting : )
bab Azizi tu dah puas gelak kat FB. hahaa

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

xbek ohh wat depa terkejut..huhu..ha meh nak komen pasal ari len..em jiji mesti a marah..nama dia pemes..huhu

Mr.P said...

mirachantek:
psal azizi tu eh?byk my frens yg komen personally psal komen mira yg tulis f*ck tu..haha

syafawani:
mmg dia femes sgt2..byk cikgu2 kat skola tu dh tau psal kes tu..
da tgk gmbr kt facebook blom?

~~Masha~~ said...

Huhu...
sy xtakot pon kt cikgu fazlie..:p

Mr.P said...

owh..xtkot ye?nnt cikgu suh wat ketuk ketampi nk?