13 January 2010

Seribu Dirimu

Aku mengeluh, kau tetap tenung mataku
Handset ku beri padamu sebagai pengganti diri
Aku tidak terdaya menceritakan semua
Habis diselongkar, kau masih mahu bibirku berkata-kata
Betapa setianya engkau untuk tidak mendengar berita selain dari diriku sendiri

Aku susun ayatku satu persatu
Sambil bermadah, sesekali ku meneguk air
Nafas durjana ku hembus, ia sedikit menenangkan
Tetapi terima kasih padamu
Kasihmu lebih menenangkan aku
Kerisauan yang kau tunjuk cukup untuk aku fikir betapa pentingnya diriku padamu

Biar ku telan semua dosa lalu
Dirimu lebih berharga dari seribu nyawa
Kerana sekali aku gundah
Kau seribu kali menenangkan aku

7 comments:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

hye Mr.P..napa seribu dirimu?hehe
bukan satu dirimu ja ka?hik3

Mr.P said...

seribu lebih indah dari satu..
bukan seribu tiap satu, tapi seribu bagi satu..
fikir2 kn...huhu

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

hehehe..suka~
wahaha..Mr.P dah suh pk..renung2kan..selamat beramal~kih3

oshinz said...

eh handset pun takkan nak check kot.
private maybe..
hehe..

Mr.P said...

bkan check ma..
xdaya nk cerita -sbb trlalu shocked
so bc je la ceritera yg hendak dsampaikn melalui msg2 dlm handset tu..huhu

Anonymous said...

awat jiwang karat sgt ni bro

Mr.P said...

sapakah gerangannya tuan hamba?huhu