20 January 2010

Honey, please don't buy these things..

Post kali ini memaparkan barang paling tak berfaedah untuk korang beli. Melainkan korang adalah manusia yang kaya dan mempunyai banyak wang sampai tak tau nak tabur duit korang tu kat mana.

--------------------------------------------------------------

Benda buang duit 1: Apple iPhone 3GS Supreme



Jikalau korang nak menjeleskan rakan2 serta sahabat handai yang mempunyai iPhone 3GS dan korang plak tak tau handphone apa yang boleh lawan iPhone diorang, aku sarankan korang tabur duit kat Goldstriker International dan pesan sebijik iPhone seperti di atas. Function dan spec memang sebijik macam iPhone 3GS diorang tapi apa yang membezakan ialah emas dan berlian. Housing iPhone ni bukan boleh senang2 jumpa kat Downtown ataupun pasar malam berdekatan anda sebab ia dibuat daripada 271 gram emas 22k. Tak cukup dengan emas, terdapat 53 butir berlian 1-karat. So kalau korang agak2 tengah sengkek, jangan harap la nak tolak atau trade-in iPhone ni kat Pertama Complex atau Lowyat sebab konfem diorang sekeh korang balik dengan tapak kasut diorang kerana harga baru iPhone ni USD 3.2 juta (RM 10.7 juta).

Benda buang duit 2: Radioactive Denim Metallic Jeans 
              


Kalau korang rasa Levi's 501 korang tu antara yang termahal di dunia, sila betulkan fakta merepek korang tu. Sebab jeans kat atas ni harga USD 600 (RM 2000). Jeans di atas hanyalah untuk orang2 yang mukanya tak berapa hensem tapi nak tarik perhatian awek2 cun. Memang konfem tarik perhatian orang sebab jeans ni sangat sangat sangat berkilat. Korang amek sekeping besi chrome dan korang polish 3 hari 3 malam pon belum tentu boleh lawan jeans ni.

Benda buang duit 3: Carbon Fiber Toilet Seat



Kalau korang dah muak tengok emas, apa kata anda bayangkan anda buang air besar dengan duduk di atas body kereta F1? Tapi nanti jangan la nanti time ada Grand Prix F1 kat Sepang korang pegi melabur atas body kereta Ferrari tu pulak. Tak pasal2 driver tu nanti sumbat helmet dia dalam lubang hidung korang. Tak perlu susah2. Keluarkan RM 838 dari ATM berdekatan anda dan order sebijik toilet seat di atas ini yang diperbuat daripada hasil teknologi polimer iaitu carbon fibre sama seperti bahan yang digunakan pada body kereta F1. Gerenti tak pecah toilet seat ni. Tapi tolong jangan buat perangai huduh dengan mencangkung di atas toilet seat ok? Harap maklum.

Benda buang duit 4: Crocodile Skin Umbrella




Kalau korang dah cukup simpan duit nak beli Toyota Harrier tapi tiba2 korang baru perasan yang korang ni bengap nak mampus sampai tak layak nak ambil lesen memandu, pakai la duit tu beli benda mengarut ni dulu. Gerenti berguling2 menyesal sebab harga payung di atas ni lebih kurang saja harganya iaitu USD 50,000 kerana diperbuat daripada kulit buaya. Dah la membazir beli payung harga sebijik kereta, pastu pulak menyokong pemburuan buaya untuk kulitnya. Kijam2!

-------------------------------------------------------------- 



Jadi, baik korang simpan duit untuk anak beranak korang makan nasi. Kalau yang belum kahwin tu, simpan2 la ye. Melabur dalam ASB atau pon kedai runcit di hadapan rumah anda tu pon bagus jugak. Berjimat cermatlah untuk masa depan.
Cheers!!

7 comments:

mirachantek said...

payung kulit buaya takpe. jangan kulit bobby saya sudah : )

Mr.P said...

kulit limau pon bley jugak..

mirachantek said...

lagi baik kulit tembikai. buat helmet terus : )

syafawani said...

hehe..nak cadar dari kulit harimau..bole?
haha..lawak eh:) choww.:)

syafawani said...

emm ok2..i wont buy all those keh..hahaha

masha said...

haha..best r ko nye post..(",)..keep on writing k..

Mr.P said...

Thanx masha!keep on reading k?