Susah jugak sebenarnya kalau duduk rumah sewa nih. Bukan apa, macam-macam kerenah housemate kita boleh tengok. Kalau kerenah yang baik tu, memang tak dak hal la. Tapi kalau buat kerenah yang mintak kita rasa nak bagi penyepak tu, memang tak boleh dimaafkan la. Antara yang sering diperkatakan:
--------------------------------------------------------------
Sebab nak bagi penyepak 1: Susah nak bayar sewa rumah
Yang ni memang hangin satu badan. Perkara biasa bagi penyewa rumah tegar. Kalau sewa rumah sorang2 tu lantak kau la tak nak bayar sewa rumah satu tahun pon. Cukup bulan kena halau dengan tuan rumah ja. Tapi yang menyewa secara berjemaah ni susah sket. Sewa rumah tu dah ngam2 bahagi untuk bayar sewa rumah + bekalan api & air + Streamyx. Tapi bila ada sorang dua yang buat spoil tak bayar sewa rumah, memang duit tu short la. Akibatnya, cukup bulan tiba2 lampu modem ADSL kat rumah tu kaler merah ja. Ingatkan modem dah rosak (sebab asyik bukak 24/7 sampai tak ingat dunia). Rupanya dah kena potong. Situasi paling teruk, bangun pagi nak pegi kelas (dah la bangun pon lewat) tiba2 bukak paip air keluar angin ja. Perghh, time tu memang rasa nak meletup ja. Terpaksa la ponteng satu hari. Dah la aku ni pelajar yang tak suka ponteng. Hehe... Tolong la, orang lain pon bayar sewa. Bila pikir2 balik, kenapa aku bayar sewa tapi internet tak dak, pastu air plak tak dak? Agak2 korang bengang tak kat makhluk2 yang tak bayar tu? Sewa rumah susah nak bayar, konon duit tak dak, tapi keluar dengan awek siap beli hadiah macam2 lagi, marathon tengok wayang sampai lebam bijik mata, tukar handset itu ini. Perghh, mana tak hangin beb!
--------------------------------------------------------------
Sebab nak bagi penyepak 2: Kecurian
Sebab yang kedua ni bukan mintak penyepak, tapi mintak parang parking baikk punya atas kepala. Boleh bawak gadoh beb! Benda ni tak penah lagi la jadi kat aku, tapi ada ja member2 aku yang dah terkena. Kita yang dengar cerita pon dah hangin. Inikan kalau jadi kat diri sendiri. Tambah2 kalau suspek tu budak rumah sendiri yang kita siap boleh melawak lagi. Memang mamat tu aku kerjakan sampai masuk keluar hospital tiap2 bulan la. Apa pon, sebelum nak tetak anak orang ni, pikir la sampai habis. Jangan nak bergadoh ja, siasat betul2 siapa yang curi tu. Salah tetak nanti mengadap pintu lokap pulak tiap2 hari, tetak orang yang betul pon mengadap pintu lokap jugak. So, gunakan saluran yang betul. Selesaikan masalah dengan secara bijak dan bertamadun.
--------------------------------------------------------------
Sebab nak bagi penyepak 3: Bawak balik pompuan
Yang ni tak pernah aku lalui lagi. Macam biasa, aku dengar dari kisah kawan2 la. Pernah tak korang balik dari kampung, sampai ja kat rumah sewa tiba2 katil korang bersepah, baju pompuan tergantung kat dalam bilik dan atas tilam korang? Perghh, jadi port pulak tilam korang tu. Hangin2! Mintak simpang.... Kalau ada tu, bawak2 bersabar dulu, bawak mengucap. Abeh mengucap libas ja orang tu dengan selipar jepun korang. Haha! Kalau bawak balik pompuan depan2 mata sempat lagi nak sound kalau mulut korang tu laser. Tak kesah la. Bayangkan housemate korang bawak balik pompuan time korang kat rumah, pastu korang lak tak perasan. Skali datang penguatkuasa JAIS dengan korang2 skali kena cekup kena tangkap basah walaupun korang tak basah2. Threesome plak tu. Haha!
--------------------------------------------------------------
Banyak lagi isu nak diperkatakan, tapi cukup la 3 sebab aku halalkan korang untuk penyepak housemate korang. Haha! Gurau ja. So sebelum masuk menyewa, pilih member korang betol2. Yang mana perangai cam cibet tu letak tepi jauh2 suruh dia main sorang2. Tapi aku nak ingatkan korang, perkara-perkara di atas tak semua terjadi di rumah aku. Ini hanyalah artikel secara umum. Sila ambil perhatian ok? Nanti ada pula yang terasa hati dengan aku, tak pasal2 aku pulak yang kena halau dari rumah ni. Haha! And lastly, kurangkan kontroversi dan spekulasi serta selesaikan masalah dengan cara yang bijak.
Cheers!!