15 February 2011

Jurnal Praktikum Minggu 1 (Fasa 3)



Praktikum kali ni servis bertukar tangan kepada Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai, Ampang. Untuk Fasa 3 kitorang akan berpraktikum selama 12 minggu atau 3 bulan. Yang besnye, sekolah ni dekattttt sangat. 10 minit naik motor pon sampai. Laluan pon melawan arus jem orang nak pergi kerja ke KL. So bertolak pukul 7.10 pagi pon sempat lagi sampai sana.

7/2/2011 (Isnin)
Hari pertama terus lapor diri ke pejabat. Tapi PK1, Cikgu Yasmin suruh join perhimpunan pagi. Nasib baik tak kena berucap. Turn out Guru Besar sekolah ni warga Cina, so aku agak mesti strict gila. Lepas perhimpunan, terserempak dengan beberapa orang guru praktikal dari Institut Perguruan Teknik. Semuanya 6 orang semua lelaki. Tambah2 pulak semua satu kepala. Memang bes aa. Masuk bilik guru ja dah kena fire. Ada sorang cikgu laki ni cakap kitorang sombong masuk umah orang tak bertegur. Eh, agak2 aa. Baru langkah masuk bilik guru kot. Kang ada yang makan kasut kang. Rupa2nya dia orang Melaka. Mulut direct sket. Nasib baik.

8/2/2011 (Selasa)
Jadual dah dapat. Kitorang mintak 8 jam waktu mengajar dengan 6 waktu PJ+2 waktu PSK (Pendidikan Sivik). Tapi sakit sket sebab waktu tu semua setengah jam. Maknanya banyak la RPH nak kena tulis since fasa kali ni kitorang tak dibenarkan print RPH dah. Tapi besnya pulak hari Isnin aku free sangat2. Hehe.


9/2/2011 (Rabu)
Minggu ni minggu pengurusan, so aku masuk je kelas ikot jadual tu. Try nak blend in dengan diorang. Ajar kelas darjah 1 Lily bes sangat2! Comel je budak2 tu. Lagipon semua dengar cakap. Senang nak ajar. Darjah 3 Kekwa pon boleh tahan. Tapi nakal sket la. Then masuk kelas PSK 4 Lily. Tak sangka sekejap je boley rapat dengan diorang. Petang pulak ada Gerko. So stay sampai petang. Aku ambil PBSM ajar kawad dan Kelab Permainan Bola Tampar.

10/2/2011 (Khamis)
Hari ni ajar PJ kelas 5 Orkid. Macam biasa nak blend in dulu la. Skali tengok budak2nya nakal. So petuanya, first time kelas kena tegas. Tinggikan suara jika perlu. Dekat bilik guru pulak, Cikgu Yasmin a.k.a. PK1 bawa berita tak gembira. Masa pengajaran aku ditambah lagi atas permintaan pensyarah pembimbing aku, Pn Hafidzah. So tambah lagi 2 masa PSK pada hari Isnin. Tak dak lagi hari free. Sedih.


11/2/2011 (Jumaat)
Hari ni kelas 5 Orkid lagi. Budak2 macam dah faham aku ni macam mana. So akur je apa yang aku ajar. Aku ajar tajuk daya tahan otot. Kasi budak2 ni sit-up sket.



Sorry tak dak gambar...tak sempat. Next time okeh!


2 comments:

Anonymous said...

saya suka yg ari khamis 2...hahaha..xpe2, nant kita minta puan hafizah tmbh ag jadual 2..xckup ag 2

yg menjalankan tugas
budak2 blok 16

iniialahaku said...

awat jadual hg bnyak sgt free weh???8jam je??mlampau tul...aku xpueh ati...pehal aku smpai 12???hahah