29 December 2010

Header Baru Cik Qila

                                       Ye, aku tau psal result contest Header Untuk Qila tu dah lama keluar. Saja je nak review balik kemenangan aku ni..hehe. Tak percaya? Ok, korang boley check kat sini. BTW, tak sangka lak bley menang. Syukur..... Nak tau hadiahnya?

1 Hadiah Utama : Shawl Gypsy berharga RM25 + Inner berharga RM8
(ada gambar nanti aku edit balik)

Konfem la aku tak pakai. Tak psal2 kena panah petir plak. So aku kasi kat Ms.W. Sejak tau psal result tu, aku offer Cik Qila ni pasang header kat blog dia. Nak edit coding untuk letak flash header ni susah sket. Tapi seminggu dua ni asyik busy. Tak sempat nak tolong Qila. Sampaikan dia pasang dulu header pemenang ke-3 (terkilan sedikit..tapi tak sangat.hehe)

So bila dah balik KL ni banyak masa terluang (tak banyak jugak since asyik abeskan 4 season cite Star Trek: Enterprise). Aku pon tolong Qila dan siap jugak. Sila la kunjung ke blog beliau tengok Cik Qila tu kelip2 mata..hehe




24 December 2010

Menggila di Hari Perkahwinan

Waa...lama tak update blog. Dalam seminggu ni busy sket sebab balik kampung. Kazen kahwin plak (aku ntah bila lagi). Anyway memang best sebab dah lama tak jumpa kazen2. Kalo balik pon jarang jumpa sebab diorang masing2 kerja jauh2. Tambah si pengantin ni kerja Navy. Aku panggil dia Along tapi nama dia Hisham. Rasanya dekat 5 tahun dah tak jumpa dia.




Memandangkan dia antara kazen aku yang paling rapat, kenduri dia aku tolong apa2 yang patut. Sampai2 je kampung terus tolong siang ikan patin untuk jamu orang datang tahlil arwah Tok Wan aku. Lauk malam tu memang best. Gulai tempoyak ikan patin. My fave!

Lepas tu pulak naik bot perahu ke hulu dengan kazen2 pegi petik pucuk paku tepi2 sungai untuk wat kerabu kenduri esoknya. Dapat dalam 5-6 guni besar. Haha! Tamak btol kitorang. Semua gemok2 sebab musim hujan.

Hari kenduri tu aku dan kazen2 jadi penganggur sebab semua orang kampung datang gotong-royong. Dah xde kerja untuk kitorang. Bila pengantin sampai memang smart abes kazen tu. Mentang2 Navy ada uniform (jeles2)



Bila abes kenduri, aku tolong orang bukak khemah sebab kebiasaan kenduri dekat sana abes awal dalam pukul 5. Lepas bukak khemah tu, tibalah acara yang dinanti-nantikan. Family kami ni suka prank pengantin. Last kenduri kazen kat kampung kitorang main calit2 kek. Kali ni kitorang plan nak simbah air. Abes pengantin n semua kazen2 kena simbah air. Sampaikan air sirap kenduri yang lebih tu pon kitorang buat simbah2 (mintak maaf xde gambar sebab main air time tu).

Datang pulak pak sedara aku yang satu kepala ni, datang pulak 'resepi' tambahan. Ayah Cik datang dengan arang dan tahi kawah calit kat muka kitorang, Pak Cu pulak dengan hampas kelapa lebihan buat lauk kenduri. Kitorang ni balas dengan tepung je. Adehh... Paling best adalah part bila kitorang ramai2 angkat pengantin pegi rendam dalam bekas orang basuh pinggan kenduri. Haha!

Malam tu pulak kitorang ni jahat ajak Along lepak menyembang. Kitorang tahan dia tak bagi masuk tido dengan wife dia. Nak tahu kitorang lepak sampai pukul berapa? 3 pagi!

Mintak2 la kenduri aku nanti xde kena lebih2... Haha! Anyway, tahniah Along! Semoga berkekalan ke anak cucu...





15 December 2010

Warping Into Prejudice



Me:              Dude, I collected 6 Star Trek movies and 2 TV Series. I think I'm officially                                         a Trekkie (Star Trek die-hard-fan)
My Buddy:    Hehe, welcome to the club.
Me:              What? You too?
My Buddy:    Yeah, since 2002.
Me:              Then I'm officially a nerd too!
My Buddy:    F*ck you.


Am I being a racist?


13 December 2010

Medusa

                                    As long as we don't stare at each other's
 It'll be fine...





susah hati... :(



11 December 2010

Header Untuk Qila



Bulan lepas Ms.W ada tunjukkan satu contest ni. Dia sarankan aku masuk. Ni adalah contest kedua yang aku masuk selepas contest yang dianjurkan oleh Alienelliz. Dua2 adalah contest tentang header. Bila la pulak nak ada kontest karaoke ke, battle of the band ke kat blogspot ni..hehe.

So, untuk Cik Qila kita, aku dah buat satu header yang simple, tetapi dengan sedikit touch up oleh flash sebab berdasarkan pengalaman aku masuk contest Alienelliz tu, keutamaan untuk pemenang diberikan pada header yang ada flash. So berbekalkan sedikit idea dan sejambak motivasi, aku pon buat.

Tapi, mari kita review dulu psal contest tu.

------------------------------------------------
Syarat-syarat nak join Header Untuk Qila ialah seperti berikut:

1. Anda mestilah follower blog ini.
2. Dah nama pun Header untuk Qila so korang kena la buat header untuk Qila.
3. Buat satu entri mengenai segmen ini, bertajuk "Header Untuk Qila".
Letakkan banner dan link kan terus kepada entri ini.
4. Header korang mesti lah menggunakan gambar yang kat atas ni ye.
5. Letakkan banner di side bar blog anda dan link back ke entri ini.
6. Tinggalkan komen di entri ini.

Hadiah :


1 Hadiah Utama : Shawl Gypsy berharga RM25 + Inner berharga RM8
1 Hadiah kedua : Shawl Cotton bernilai RM12
1 Hadiah ketiga : Shawl Chiffon bernilai RM10
2 Hadiah saguhati : Inner bernilai RM8/satu

Sponsored by ;
Eternity Hijjab

Tarikh tutup : 12.12.10

------------------------------------------------

Dan, inilah hasilnya...tadaaaaa


Sila klik gambar untuk lihat flash


Gambar Cik Qila dah di edit sket kasi lebih ayu ala2 model jika diteliti. Bandingkan dengan gambar kat sidebar. Banner ini sesuai dengan warna dan corak untuk layout blog Cik Qila. Ngam2 soi la orang cakap. Hope anda suka.


........Cik Qila siap kelip2 mata lagi dalam flash, tanda dia suka tu! :D

09 December 2010

Oh! Lelaki

Situasi: melepak di warung/mapley...


Meja 30 dekat luar area2 gelap bawah pokok, remaja umur 17-22:

Ali:          Mat, aku nak kasi motor aku laju aa. Panasss je aku tengok Meon anak Pak Mail tu                      merempit bkan main laju.
Mat:        Ko letak je spoket 33.. Kasi lajak sket.
Ali:          Aku korek enjin terus aa.. Ok tak? Kasi besar sket. Tukar gear racing pulak tu.
Mat:        Ok jugak. Biar menangis si Meon tu.


Meja 15 dekat depan TV, lelaki umur 23-28:

Abu:         Der, apsal? Macam ikan talapia kena goreng je aku tengok.
Khai:        Aku tengah pening ni. Enjin kete aku leaking. Nak cari kedai servis murah2 la tukar                       gasket. Boley cuci head dengan tukar belting skali.
Abu:        Kedai Chong ok. Aritu aku servis drive shaft kete aku kat die. Harga puas ati beb. Eh,                   ko tau tak. Anak tokey kedai Chong tu tukar pakai kete RX8. Perrgh!
Khai:       Sedap kejap je tu. Nanti bila nak maintenance pening kepala la nak cari kedai mana                     boley servis enjin rotary RX8 tu.


Meja 3 dalam ruang kedai, lelaki umur 28-33:

Anep:        Apsal lak ko ni? Muka nak mintak hutang je. Aku tengah kumpul downpayment nak                       keluar Civic sebijik ni.
Ahmad:      Bukan, bini aku ni. Dia ajak aku shopping Midvalley pulak hujung minggu ni.
Anep:         Ko layan je bini ko tu. Bawak je la pegi. Pastu boley la ko cuci mata kat Mid tu.
                  Banyak awek UM.
Ahmad:      Ape ko da gile ke Anep? Kite kat Ipoh bai. Ko bajet KL tu kat belakang umah aku??




ni benda lazim yang diborakkan  bagi lelaki peringkat umur yang sedemikian
motor, kete dan bini...rasanya bini bukan dalam kategori kenderaan? :D



06 December 2010

Terbengka??

Aishhhh...terbengkalai artwork aku nih atas sebab2 peribadi...
Tak menang la gamaknye contest tu...




alif lam lam ha...sapa curi berdosa