20 July 2010

Jurnal Praktikum Minggu 3 (Fasa 2)

Sejak akhir-akhir ni sebok sket buat ABM. Tau apa tu ABM murid-murid? Ha, korang cari la sendiri.

Bersama Arif rakan setugas
-----------------------------------------------------
12/7/2010
Perhimpunan pagi macam biasa. Rasa janggal plak duduk kat depan. Dulu aku ni seorang murid yang duduk kat tengah2 dataran tu. Skang aku lak dihadapan? Xpa la. Tapi aku rasa hairan. Ada sedikit rasa janggal. Masa kat SKTSBI dulu time perhimpunan mingguan/pagi aku akan round kat barisan budak2 atau duduk kat belakang borak dengan cikgu lain. Dah jadi macam rutin. Tapi kat SKSU hampir 3 minggu pon aku macam segan nak buat camtu. Ntah malu ke malas ke pon tak tau. Anyway tajuk PK minggu ni Kekeluargaan. Belajar pasal peranan2 ahli keluarga dan cara mengelak gejala sosial dengan bantuan keluarga. Siap dengan ABM. Simple2 saja.

13/7/2010
Hari ni kelas PJ, dan tajuk untuk minggu ni ialah Bola Sepak. Aku ajar teknik menggelecek. Bukan susah pon. Tapi bila masa yang diperuntukkan setengah jam, pening pulak nak rancang. Terlebih aktiviti nanti tak sempat cover habis lak. Nak buat aktiviti kontot ja nanti bising orang tua tu. So aku ambil jalan mudah buat 1 aktiviti ja. Tapi masa kemuncak buat lama sket. Biar budak2 tu puas bermain.

Meja Cikgu Fazlie
14/7/2010
Hari ini ayahanda kesayangan a.k.a. orang tua tu datang observe. Dah la pagi tu kelam kabut datang skolah. Berebut nak mandi. Bilik air 1 tapi share 5 orang. Kelas pulak 7.20pg dan orang tua tu pulak datang sharp 7.20. Abes! Tapi nasib baik perhimpunan pagi ada untuk dipersalahkan...hehe. Kelas start lewat 10 minit sebab perhimpunan. Tapi selepas diobserve, dia kata ok. Setakat B+ tu dalam genggaman la. Nak naik A- kena ada extra effort la. Cuma aktiviti dalam fasa perkembangan jangan buat 1 aktiviti saja walaupun masa setengah jam. Dia suruh wat banyak. Pehhh! Dia ingat boley cover ke semua tu? Nak organize budak pon ambik masa lama.

15/7/2010
Hari khamis, kelas terakhir untuk minggu ni. Kelas PJ. Macam biasa ajar teknik menggelecek jugak. Tapi time fasa kemuncak kalo korang tengok budak-budak ni main mesti korang akan cakap, "Apa la cikgu ni, budak2 tu main bola macam lembu. Bola kat sana, semua pergi sana, bola kat sini semua datang sini. Tak dak undang-undang dan strategi permainan langsung". Memang la, tapi kena ingat tahap diorang. Kalo kelas aritu belajar menggelecek, biar diorang menggelecek apabila disuruh main. Jangan sesekali sekat diorang dengan peraturan yang banyak. Kalo main bola, biar ja diorang main tanpa peraturan yang terlalu ketat kerana mereka perlu fokus terhadap kemahiran yang baru dipelajari.

16/7/2010
Hari Jumaat adalah hari yang paling bahagia, sebab weekend bakal menjelma. Tapi yang tak bestnya kena buat RPH untuk isnin depan. Sebab hari Jumaat kena hantar buku rancangan pengajaran tu kat GPK.

-----------------------------------------------------

Selsema suda baik! =D

8 comments:

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

cikgu fazlie yang hari-hari die online time kat bilik guru dan YM-ing ngan cik wanie. haha. kan da kantoi!

Mr.P said...

oih..tulis pkai font kecik lg la statement tu..kantoi lg di sini.haha

syafawani said...

haha..abesssss! aduyai jemm..keh3..haaa baguih2..buat keja cepat..u owe me something..kui3

:: Miss Jajai :: said...

hahaha...tetb teringt time skolah dulu....time perhimpunan jd MC..hik3~~

Mr.P said...

hehe..aku jadi MC utk english..
hang ada MC utk BM kn?

:: Miss Jajai :: said...

haah....lawak toi bila teringat balik time perhimpunan...mmg suka dok kat belakang...kunun jd pengawas jg dr belakang la..hahaha...

syafawani said...

haihhh..xbalas??hmmmm...merajok dengan kamuuuuuu;-((

Mr.P said...

syafawani:
yela2..org wat keje ni
wekkksss~