13 July 2010

Jurnal Praktikum Minggu 2 (Fasa 2)

Minggu ke-2 ni dah start mengajar. Bermula dengan subjek Pendidikan Kesihatan (PK). Tajuk PK minggu ni adalah Perasaan dan tajuk PJ ialah Koordinasi. Berikut adalah jadual waktu aku (klik untuk besarkan).
---------------------------------------------

5/7/2010
Hari isnin macam biasa, perhimpunan mingguan. Yang bestnya pasal perhimpunan mingguan ni, waktu selepasnya tu boley halal je la. Sebabnya perhimpunan selalunya terlajak samapai ambil masa ke-2. So lesson plan yang sepatutnya ambil tempoh 30 minit tak boleh la nak jalankan dalam waktu 10-15 minit. Nak ajar apa sangat? First time ajar PK rasa best plak. Maybe sebab something new. Sebelum ni asyik ajar PJ je. Kelas 4 Bakawali ni kelas depan. So diorang dengar cakap dan respect cikgu. Kelas 4 Kenanga dan 4 Melur ni belakang2 sket. So kena strict sket la.

6/7/2010
Tiap2 pagi ada perhimpunan pagi. Macam biasa terlajak sket la. So aktiviti pon kena cepat sebab waktu PJ setengah jam je. Dah la RPH a.k.a. lesson plan tu panjang berjela. Budak2 pon rasa tak puas je main. Kesian diorang. Tapi nak buat camna. Tugas tetap tugas. Tapi apa aku perasan, dekat sini budak2 dah terbiasa dengan budaya 'time PJ cikgu bagi bola pastu main sampai abes waktu'. Asal masuk kelas PJ je, "Cikgu nak main bola!", "Cikgu nak main badminton!". Itu je yang diorang tau. P&P sebenar ada banyak fasa2 macam pengenalan, perkembangan, kemuncak dan penutup. Banyak step nak follow. So susah nak ubah budaya tu. Susah tapi tak bermaksud tak boleh. Cuma ambil masa sket. Lepas ja abes kelas masa ke-2 tu, En Jalal datang. Dia check buku lesson plan aku. Perghhh, abes kena conteng. Banyak yang kena baiki. Strict pulak orang tua tu.

7/7/2010
Waktu PJ ajar koordinasi. Aku punya aktiviti fokus kepada koordinasi mata dan pergerakan motor diorang. Aktiviti yang aku buat macam lambung dan sambut bola. Buat tu je tapi banyak variasi. Masa pon setengah jam tak boley nak buat banyak. Aktiviti kemuncak aku buat main tuju selipar tapi ubai suai pakai tin dan bola lisut. Mula2 cakap tuju selipar diorang tak paham sebab 'tuju' tu longat kedah maksudnya baling. Bila cakap baling selipar baru diorang paham .Pe pon, budak2 ni seronok main.

8/7/2010
Waktu PJ macam biasa, aktiviti yang sama sebab Tahun yang sama. Tapi lepas kelas PJ tu aku nampak sorang cikgu ni. Kelas PJ dia main badminton. Yang bestnya dia dok ja atas kerusi main laptop sepanjang kelas berjalan. Pastu bila loceng bunyi, dengan selamba sambil laptop di paha die cakap, "Ok, boley balik kelas". Wah! Senang camtu je ajar? Kalo aku sebelum budak balik kelas kena buat cooling down, refleksi, soal jawab. Skema lak kan?

9/7/2010
Hari jumaat paling best, sebab tak ada kelas. Tapi konpem dapat relief bersepah2. Tapi 9hb ni aku demam. Bangun pagi pon berkelubung menggeletar. Kol 9 aku drive sendiri pegi klinik amek ubat dan MC. Kepala berat gila. Bahaya lak drive masa tu. Lepas pegi Klinik Kesihatan Pendamaran dapat ubat n MC aku balik kemas2 baju trus chow balik Cheras.

---------------------------------------------

Selsema dengan batuk tak abes lagi. Huhu

2 comments:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

sila makan ubat! hehe..eh ada orang tu relief kelas..then kata nak p toilet..padahal blah balik..sapa eh?sapa tah?

Mr.P said...

oih...statement tu wat pkai font kecik sket.kantoi di sini..haha