15 February 2010

Dilema Celcom Broadband

Hari ini aku bengang sangat dengan celcom. 2 bulan lepas aku dah survey harga daily broadband. Ternyata harga Celcom Broadband jauh lebih murah iaitu RM 6 bagi daily unlimited berbanding RM 8 bagi daily unlimited Maxis Broadband. So 2 bulan lepas jugak aku beli sim card Celcom UOX sebab aku dah bajet nak beli laptop dan handphone ada modem. Dan aku jugak dah survey coverage jenis apa yang ada kat umah aku ni bagi Celcom dan Maxis. Celcom ada EDGE, manakala Maxis tetap dengan GPRS buduhnya kat umah aku ni. 

Hari ni aku pulang bercuti. So bila dah beli Dell dan Xperia. Aku pon apa lagi. Start motor gi kedai runcit kat depan tu, "Bang, bagi top-up Celcom RM10. Bagi 2 keping". Sampai ja umah. aku terus dail *118# dan subscribe broadband unlimited. Cucuk sana sini, terus nak online. Tapi problem plak. Aku tak tau camna nak set Xperia aku jadi modem kat laptop. Lupa plak nak baca manual masa kat KL. Maklum la, baru 1st time pakai Windows Mobile. Kalo ada internet sempat jugak aku usha2 dalam forum camna nak setting. Aku pon bergegas ke mapley berdekatan sebab ada Wi-Fi kat situ.

Kebetulan kak aku pesan fresh oren, sempat aku online kat mapley tu. Aku pon on Wi-Fi kat Xperia aku pastu bukak browser Opera. Tiba2 datang plak benda ni, "please check your internet service". Pulak dah. Bikin gua hangin ja. Ane tu cakap internet problem. So terpaksa la aku subscribe Maxis Mobile Internet tu. RM 2 sejam. Boley la. Kredit pon banyak lagi. Kena plak kat area pekan ni ada HSDPA, memang sepantas kilat aa aku google setting untuk Xperia aku.

Bila dah paham cara2 setting, aku pon bergegas pulang. Bila semua dah siap. Aku pon bukak browser Firefox ni. Ceit!! Apsal lembab sangat? Padahal dah dapat coverage EDGE. Pastu aku bukak YM. Memang niat di hati nak YM. Tiba2, "we can't sign you in". Aku bagai tak mengerti. Aku google plak setting untuk YM yang pkai broadband ni. Setelah 10 minit menuggu, aku tengok 1st page search result kat Google tu then aku terkedu. Kenapa? Sebab dari atas sampai bawah penuh dengan link ke page maki hamun kat Celcom Broadband sebab rata2 user tak puas ati dengan speed dan tak boley sign in YM. Perghhh. Aku dah beli topup smpai 2 keping. Rasa nak lempar ja sekeping tu lagi. Rugi!

Aku pon tiba2 rasa macam nak tulis post berbaur keji-caci-maki Celcom Broadband kat blog ni. Tapi aku batalkan hasrat tu sebab aku percaya diorang boley improve lagi. Ok la. Tak nak tulis post panjang2. Kang lambat nak publish plak. Mau esok pagi baru nak siap.
Cheers!!

10 comments:

mirachantek said...

beginilah ye encik, speed kat malaysia ni memang sangat lembab. si Ahmet saya pun cakap macam tu. : )
kalau kat us tak payah tunggu pun nak load. itu Ahmet saya cakaplah kan. haha
(wah macam konfem je Ahmet tu saya punya) hehe

Anonymous said...

Mmg lah celcom ada 5GB limit nya, tapi skrg kan ada software yg boleh reset balik full speed Celcom Broadband lepas limit tu. Aku pakai 384kbps package, skrg tiap2 hari aku download 1.5GB dgn menggunakan software tu. Kalau nak tau lebih, email kat die switch2unlimited@yahoo.com.my ok cau

Mr.P said...

mirachantek:
aiseh..skang ni sket2 ahmet.itu ahmet ckp ini ahmet ckp.waaa..nnt de la member kawin dgn foreigner nnt.lauk kenduri mesti bes2.nak pegi2!

Anonymous:
Mslhnye,connect je da mcm kena cut down speed.tkkn la speed kt area aku ni power sgt 5min online dah smpai 5GB?haha.aku xkesah pon limit2 tu.aku pon ada cara aku sendiri.tapi yang aku bengang tu psal YM.spe2 nak share cara nk online YM? openDNS ke proxy ke?dialu2kn.

mirachantek said...

errr, alah classmate je pon.
i do not have the intention of marrying him. plus, he's 26, means 6years older. too mature to handle
: )

Mr.P said...

eh?pali xcakap pon mmber pali yg nk kawin dgn foreigner tu mira?haha!gotcha!

mirachantek said...

arrrggghhhh pali suka buat trick camni laa....

hehe i do LOVE the way he looks at me. but that's all. nothing more
heheee : )

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

bak meh sekeping lagi tu..nak beli simcard celcom gak..hihi

al_madd said...

memg kerajaan sengaja bagi internet kat malaysia lambat..kalau internet malaysia laju..astro akan bangkrup dalam waktu kurang dari sebulan...:)

Mr.P said...

ataupun Malaysia masih belum mampu menyediakan perkhidmatan sedemikian rupa?hehe

al_madd said...

hahah..tak mungkin la!..singapore jauh di depan kita..bukan susah pun nak buat high speed broadband..huhu