25 February 2010

Pincang Tugas

Aiseh..sejak kebelakangan ni aku punya emosi banyak bawak masalah. Aku pon tertanya2 apsal banyak sangat hal aku buat. Nak kata banyak makan daging tak dak la sangat. Makan asap banyak la. Aku rasa kena pegi berenang ni. Kasi lega sket. Yela, salu orang nak cool down minum air. Ni apa kata terus berendam dalam kolam. Konpem ok! Tapi tak boleh jugak. Kolam kat maktab tu dah macam air laut. Klorin dia mengalahkan pencuci Dynamo. Pekat, likat! 

Rasanya kena cari port macam air terjun ok jugak. Tambah ada plak port2 mancing macam kat Semenyih. Tapi baik aku mancing kat Banting tu. Tarik pacu ke patin ke. Mau puas. Mancing kat Kemensah tu bikin lagi panas ja. Anak ikan 3 ekor dah diazabkan oleh sahabat aku Jiji. Bengang ikan tak makan umpan roti ramuan istimewa dia tu. Silap2 aku lagi terok nanti, pakai umpan bateri kereta terus. Hambek kau! (pehal sembang psal ikan lak nih mancing lak nih??)

Ok2. Sambung diskusi. Disebabkan diri aku ni dah pincang tugas. Aku cuba untuk analyze apa punca2nya. Rupanya assignment dan projek yang buat aku bak orang gila. Mananya tak? Dalam 2 minggu ni, macam2 nak kena handle. Sem ni kena urus Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) dan aku dalam jawatan kuasa pertandingan. Esok bermula la azab aku. Nak kena key in data peserta kejohanan dan buat buku kejohanan. Hadoi!

Pastu pulak kena urus Projek Pendidikan Kesihatan dengan kerjasama Prostar KL. Jadi Naib Pengerusi pulak tu. Pening nak cari tarikh. Tarikh tu plak dalam minggu yang sama dengan perlaksanaan KOT. Hah! Nak cari pasal kot? Nasib baik urusan dengan Prostar berjalan lancar masa meeting dengan YDP Prostar KL petang semalam.

Lepas ni ada Projek Tanaman Herba plak di bawah subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan (aku tak nampak kaitan di situ??). Nasib baik aku tak dak pegang jawatan apa2. Ni belom pikir psal micro-teaching lagi dan assignment punya esei. Nak kena wat rujukan. Sebab everything kena perfect. Memang amek masa lama. Dah la buat last2 minute sebab time tu la baru datang semangat dan idea. Aku ni lembab sket nak tulis academic essay. Tulis APA pon kena tengok manual? Jahanam...

Memang stress sangat2. Jangan la nak buat lawak bodoh tak tentu psal. Konpem2 kena libas dengan selipar aku beli kat Downtown tu nanti. Dengan tido pon tak teratur dan tak cukup. Nasib baik presentation Program Pencegahan HIV/AIDS semalam mendapat pujian. Happy la sket. Hopefully lepas abes semua ni. Aku nak mengasingkan diri buat apa yang boleh menenangkan aku. Si dia dah berdiam diri selama beberapa hari. Aku tak mintak dia faham aku, sebab aku ni unpredictable. Cuma harap2 dia tau perkembangan aku.
Cheers!

8 comments:

dafFodiLs (",) said...

cheers taw =)

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

oh.. patutla tak g dating.. sgt kasihan kat kamu dua ni tau. ha takpe2. buat keje bagi abes dulu. i tolong jage cik wani eh..

~~masha~~ said...

huhu..ssh jgk jdi cekgu ni eh..bz mengalahkn ape lg..bkn cikgu kerjanya mengajar je..byk lg kje smpingan eh..naseb le bdn kn..hope ko kuat n tabah mghadapi sume2 ni k bro..Cheers..:-)

mirachantek said...

time management tak bagus kot
: )
anyway tak cadang nak cakap banyak. cuma....rasanya try pegi Gabai ke Sg Congkak ke. best jugak. cuma tak boleh mancing laaa

Mr.P said...

dafFodiLs:
tq ms daff...i will

0sh!Nz d' sen0r!ta:
jg buah ati i tu baik2 tau..kalo dmm kasi die obat.kalo die lapar bwk die g mkn k?die ske Julie's Butter Waffles tu.

~~masha~~:
yup..cikgu mmg banyak keje.bkan stakat mngajar je..

mirachantek:
agak la..tapi lecturer2 pon bagi assgnmnt lmbt.pastu nk cpat2 b4 cuti skola.kononnye nk key in markah cpat2.niat dihati nk ke langkawi la.huhuhu

mirachantek said...

oooi... langkawi tu destinasi saya. kamu pergi dekat2 sudeyh,
: )

al_madd said...

sabaw jala..hoho

:: g3n :: said...

haha...

situasi ang lebey kurang aku jew..
kena wat kilang beb..
tp dalam alam maya la...
tido pun da lintang pukang..
haha