23 February 2010

Budaya Mengampu

Budaya mengampu adalah satu amalan lazim yang wujud di dalam masyarakat kita. Hal ini wujud bukan sahaja di platform tertinggi dalam kerajaan, malah turut wujud secara kecil-kecilan di peringkat organisasi dan masyarakat.

Mengampu juga dikenali sebagai membodek. Di kalangan pelajar cukup terkenal dengan istilah 'kipas'. Asasnya ia adalah satu pujian terhadap pencapaian atau usaha seseorang. Namun begitu, masyarakat kita sering menambah-nambah dalam pujian ataupun terlebih memuji menyebabkan pujian tersebut hilang elemen keikhlasannya. Tambahan pula, pujian tersebut mempunyai niat atau agenda yang tersembunyi. Ketika itulah pujian yang diberi berniat untuk mengampu. Diriwayatkan dalam sebuah hadis:
Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlebih-lebih dalam pujiannya maka Rasulullah s.a.w: "Kamu telah merosakkannya dan telah memotong belakangnya (seolah-olah)" ( Riwayat Al-Bukhari )

'Memotong belakang' dalam konteks ini merujuk kepada pujian berlebihan yang tidak wujud pada individu tersebut sehingga menghancurkan keikhlasan, merosakkan hati dan membuat diri sentiasa hebat (rujuk http://www.zaharuddin.net).

Kebiasaannya, mengampu membawa imej yang buruk dikalangan pendengar. Sebut sahaja mengampu, pandangan negatif terpapar di kotak fikiran seseorang. Adakah amalan mengampu boleh membawa kepada kebaikan atau jelas ternyata sebagai perlakuan yang salah di sisi agama dan etika?

Dari sudut pandangan saya, ciri-ciri negatif mengampu mempunyai agenda yang tersembunyi dan kerap kali digunakan untuk kepentingan diri pengampu. Kita dapat lihat, seorang pekerja bawahan cuba mengampu ketua atasannya agar kenaikan pangkat dipercepat atau inginkan pengaruh dari orang atasan melalui pelbagai cara. Mengampu boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada secara lisan, bertulis, gerak geri badan atau gabungan semua ini. Sehinggakan bekas Perdana Menteri pun pernah melaluinya.
"Begitu juga kebanyakan yang lain yang dilantik Menteri oleh saya. Mereka dahulunya merupakan penyokong kuat saya, cium tangan saya dan menangis apabila saya meletakkan jawatan" : ( rujuk http://www.chedet.com/)

Tambahan pula jika mengampu jenis ini membawa kepada perasaan hasad dengki dari rakan-rakan sejawat dan menyusahkan orang lain. Namun begitu, saya terfikir, adakah mengampu juga boleh membawa kepada kebaikan orang ramai selain dari pengampu itu sendiri? Dan bentuk biasa yang kita dapat lihat sekarang adalah mengampu untuk meneruskan kerja baik seseorang.
Barangsiapa yang memuji seseorang atas perbuatan baik yang dilakukannya dengan tujuan untuk menggalakkan lagi kerja baiknya dan mendorong orang lain berbuat yang sama sepertinya, maka ia TIDAKLAH TERMASUK dalam kategori "maddah" iaitu yang pemuji terkeji" (Ma'alim as-Sunan)

Lihat? Mengampu juga boleh memotivasikan orang lain supaya menjalankan kerja yang berkualiti seperti diri orang yang dipuji, walaupun pujian itu agak berlebihan. Walaupun begitu, mentaliti orang Malaysia tidak pernah lari dari perasaan hasad dengki dan iri hati. Kebanyakan orang tidak boleh terima seseorang lebih hebat dari dirinya. Separuh yang lain pula hanya berkata "sudah rezeki dia macam tu". Tidak pula disusuli dengan usaha untuk buat yang terbaik. Jika mengampu jenis ini yang dikategorikan positif, tetapi boleh melahirkan rasa iri hati dan hasad dengki orang lain, bolehkah ia diamalkan? Persoalan itu saya serah kepada anda.

3 comments:

oshinz said...

cupcupcup.. tumpang lalu. eh tak tumpang tanye. encik ni ter'post' esemen ka? atau text forum ka? keh3.. bodek memang tak bagos untuk kesihatan telinga!!

Mr.P said...

hehe..tukar mood..cuba nak hasilkan artikel berunsur ilmiah drpd merepek ntah hape2..

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

huhu..congrats!moving 4ward:)