14 April 2010

Bad Apple


Take your bow away from me
Cos I ain't need them
Keep your concern away
Save it for your own sake

For what I've done
Never chew my name
Never breed any compliment
You are just a bad apple

We haven't forged any words
Nor smiles
Hell yeah!
Like I would need them?

Play in your own castle
And I stay in my mansion alone
With my very best horses
Counting days to come

Do not need to worry
I'm outta here
Never to see me come back again
While others want me to

12 April 2010

Jurnal Praktikum Minggu 3

Sory sebab lambat sket nak update jurnal ni. Weekend lepas agak rilek sampai terlalu malas nak wat apa2 kerja. Sampai nak kuar makan pon malas. Terperuk dalam umah saja. So follow through malas tu lama sket sampai membawak ke hari Isnin..Hehe. Ok la. Back to business, basically minggu 3 ni lebih fokus pada sesi P&P.

----------------------------------------------------------

4/4/2010 (Ahad)
Hari ni adalah temasya Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) sekolah. Buat hari ahad ni memang la aku lemah sket. Tapi disebabkan professionalisme seorang guru aku akur. Seawal 7.15 pagi aku dah terpacak kat sekolah. Terus aku tolong cikgu2 angkat barang, setup khemah dan alatan. Hari ini juga team gimnastik buat persembahan. Aku sempat record video sampai tengah ja, pastu bateri abeh sebab lupa cas. Insiden malang ada berlaku sket masa persembahan. Jiji beli 'party popper' bagi kat 2 orang budak yang paling atas masa formasi piramid tu. Masa demo kat belakang stor ok ja 'party popper' tu meletup. Bila time persembahan, terkial-kial diorang pulas benda tu nak bagi meletup. Tak menjadi plak. Hadoi. Bikin spoil....

 Kawat perbarisan rumah sukan

6/4/2010 (Selasa)
Isnin cuti peristiwa. Huhu. Best dapat terbongkang kat umah pagi2. Siap boley perli kawan2 yang kelam kabut bersiap nak pegi skolah lagi. Hari ni tak dak apa yang menarik. Aku mengajar kelas 1 Emas. selepas tu aku tinjau2 stor sukan untuk dikemas kini. Tengok la stor sukan yang agak tunggang langgang. Maklum la lepas KOT.

Stor sukan yang bakal kena renovate
 
7/4/2010 (Rabu)
Hari selasa ni lecturer pembimbing aku datang iaitu En. Zulkarnain. Beliau seorang yang sempoi, boley sembang buat member2. Tapi disebabkan hormat aku tak nak borak macam member2 sangat. Kedatangan beliau tu memang kena sangat timing. Kebetulan aku ada kelas dengan 3 Emas. Kelas yang agak terkawal dan dengar cakap. Aku buat aktiviti ketingting. Banyak mini games ketingting aku buat dan diorang semua enjoy sangat2. Tapi aku yang tak berapa happy sebab En. Zul tak fokus kat kelas aku sangat. Maybe esok dia akan fokus. Aku dah mula tepuk dahi. Sebabnya esok aku mengajar kelas 4 Emas. Memang kelas budak2 Henry Gurney punya style. Hari yang sama jugak Jiji cakap kat aku dia mengamuk kat kelas 4 Emas sebab ada budak pedajal nama dia dalam buku rekod disiplin.

8/4/2010 (Khamis)
Aku sampai macam biasa pagi ni. Rasanya terlambat sket kot. Haha. Ok, hari ni En. Zul nak observe aku. Kena plak kelas 4 Emas ni susah nak dikawal dan diorang ni agak langsi. Kalo sapa ada facebook boley tengok dalam photo album praktikum aku tu. Baru korang tau macam mana bahananya diorang. So untuk pikat hati budak2 aku bagi diorang main bola. Sebab tu favourite diorang. Bila time mengajar aku plak yang naik hangin. Macam aku tak ada kat depan ni ja. Suruh main bola dah macam main ragbi. Tak dengar cakap tu standard la. Kalo diorang dengar cakap tu yang aku pelik sket. Lepas abes kelas aku pegi kat En. Zul. Dia cakap kelas aku memang out of control sambil tersenyum. Aku memang dah agak dah pon. Tapi dia memang sempoi. Tak dak la macam lecturer lain nak marah2 aku ka sebab tak bley control kelas. Disebabkan tensen dengan 4 Emas, aku pon lukis mural kat depan stor sukan. Lega sket...hehe.

9/4/2010 (Jumaat)
Lecturer aku dah tak datang hari ni. Agaknya dia ada hal lain. So tak ada apa yang menarik kecuali aku kena relief kelas 4 Emas. Disebabkan bengang aku malas nak ajar apa2 kat diorang. Kelas relief ja pon. Masuk2 kelas diorang aku buat muka bengis, pegang pemadam papan putih tu dan aku cakap 'buat kerja sendiri, siapa bukak mulut cikgu baling dia dengan pemadam ni' sambil buat gaya nak baling. Memang diorang diam ja. Aku berjalan2 sekitar kelas sambil lambung2 pemadam tu kat tangan aku. Ada sekali masa aku lambung2 kat meja guru pemadam tu terjatuh atas meja. Terkejut beruk diorang dengar pemadam tu jatuh. Memang diorang takot sangat. Haaa..baru korang tau takot.

----------------------------------------------------------

05 April 2010

Tagged by Ms Masha

1. Adakah anda rasa HOT??
Quite HOT la. It doesn't raining today and kipas bilik aku ni pon dah berat habuk..no 5 pon rasa macam no 1 je

2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!

PC:


Laptop:


3. Cerita pasal gambar
Both I got from deviantart.com.
PC: A place I used to jam a lot..so with those mixer as wallpaper..really inspired me (creds to 13aik-23)
Laptop: A minimalistic designed wallpaper which i love so much. Laptop is place where I do my 'personal' stuff and wallpaper must get personal, sooth to the eyes and reflects who I am. (creds to PaulEnsane)

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Don't remember at all. It was like a loooong ago. Please take note ya Ms Syafawani..hehe

5. Lagu terakhir anda dengar?
Love Story by Taylor Swift from my friend's laptop. Not really my stuff..hehe

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Chatting with my long lost friend Ms Yee on FB..

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
Ayi - only my family and a couple of my friends call me that
Pali - my common nickname la...
Lie - err..Jiji and a few Kelantanese friends
Abang? - haha!use your common sense la pikir spe yang panggil aku camtu

8. Tag lagi 8 orang

1. syafawani
2. ms oshinz
3. ms daff
4. shafiq hamdan
5. toha
6. mirachantek
7. pak toi
8. masrin

9. Siapakah orang no.1 kepada anda?
Easy to say, my life and my everything la..hehe

10. Katakan sesuatu mengenai orang no. 5
Toha! Bila mau kawin?? Haha!

11. No. 3 ada hubungan dengan siapa?
Trust me, I don't know. Takot salah sebut. Heeeeee

12. Bagaimana pula ngan no.4?
My schoolmate. Lama dah xjumpa walaupun dia dekat2 ni je pon..Adoi

13. Pesanan kepada orang no.6
Mira! Stop shopping, study more and don't flirt a lot. Haha!

14. Kata2 cinta untuk orang no.2
Xdak cinta cintan pon. Kena lesing dengan bf die plak. Ada yang ni je - Wahai saudari, bilakah tikanya dikau mahu ke jinjang pelamin? Sudah kepingin di hati mau ke Batu Pahat makan nasi minyak bersama Wanie..hehe

15. Adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan? 
Yes, both are my schoolmate.

16. Berikan 5 yang anda tau orang yng mentag anda
-Her name is Maisharah Suhaimi. I called her Masha
-My classmate
-Working with Mimos as a programmer
-Too young to be a lecturer..haha
-Love her cute smile..hehe

17. Persamaan antara kambing dan lembu
Dua2 buat bisnes susu..

18. Perasaan anda wat tag ni 
Lesson plan aku tak siap lg ni..bila mau abes tag ni??

19. Adakah anda tahu si razman itu sengal?
Razman? Rasanya Razman merujuk kepada soalan 17 tu sebab aku tak kenal pon spe Razman.

20. GAY/LESS
Aku straight ok? Tak mau aku kena laknat..

03 April 2010

Jurnal Praktikum Minggu 2

Minggu ni agak busy la jugak. Aku pon banyak kelas tak sempat masuk since ada raptai sukan tahunan dan sukaneka. Tapi tak lepak jugak. Aku kena train budak2 gimnastik lagi tiap-tiap hari, kena tolong buat padang, touch-up trek balapan dan set peralatan. Huhu

-------------------------------------------------------
Perhimpunan mingguan sekolah
29/3/2010 (Isnin)
Pagi2 ada perhimpunan. Hari Isnin memang aku tak ada kelas. So pegi skolah pon pkai baju kemeja. Kemeja baru lagi tu. Wanie belikan...hehe. Tapi aku kena relief kelas macam biasa. Wajib. Sekali dapat kelas relief Pendidikan Islam. Kelam kabut dibuatnya. Nasib baik kelas tahun 6. So aku suruh diorang buat ulang kaji untuk UPSR. Apa2 diorang xtau tentang apa2 subjek boley tanya aku. Biasalah, guru versatile..hehe.

30/3/2010 (Selasa)
Pagi2 aku kena mengajar kelas tahun 1. Kelas belakang lak tu. Buat pertama kalinya aku tak dapat control kelas. Memang bersepah. Yang depan aku tengah mengajar pon tak dapat control, tambah pula yang tak pakai baju sukan aku suruh duduk tepi tu. Lintang pukang diorang. Apa yang aku plan dalam lesson note pon tak dapat nak dilaksanakan. Faktor pertama sebab kawalan kelas yang terok, faktor kedua pulak sebab tak cukup alatan. Banyak alatan digunakan untuk raptai sukaneka. Lepas tu nasib baik si Azizi datang cakap Cikgu Asmadi suruh bawak budak2 pegi padang untuk raptai Kejohanan Sukan Tahunan (KOT). Lega aku. Kalo tak kena mengadap diorang setengah jam lagi.

Raptai Kejohanan Sukaneka
31/3/2010 (Rabu)
Hari ni dan hari-hari seterusnya tak perlu mengajar. Sebab jadual full dengan raptai dan sukaneka. Hari ini buat raptai keseragaman untuk sukaneka. Best pulak aku handle budak2 tahap 1 ni main sukaneka. Petang tu pulak aku kena tolong cikgu2 angkat khemah nak pasang kat padang. Balik lewat lagi.

 Bersama Cikgu Asmadi (S/U Sukan SKTSBI)

1/4/2010 (Khamis)
Hari ni buat raptai untuk KOT. Masa persembahan gimnastik aku cukup2 kecewa. Ada ke patut budak2 ni boley berlenggang ja masa persembahan. Tak ada disiplin langsung. Dah train suruh berlari masa angkat alatan dan masa buat formasi pon tak ikut. Silap lupa alatan letak mana lagi. Untuk raptai cubaan kedua aku mintak diorang buat yang terbaik. Kalo puas hati aku janji belanja diorang makan kat kantin. Akhirnya diorang buat dengan perfect. So aku blanja diorang makan. Petang tu pulak aku kena touch up trek balapan bagi lagi terang. Macam biasa. Balik lewat lagi.

2/3/2010 (Jumaat)
Hari ni adalah Kejohanan Sukaneka Tahap 1. Atas permintaan jawantan kuasa sukaneka, diorang nak buat persembahan semasa perasmian. So aku pon buat. Semuanya ok cuma ada sket lagi kena touch up. Tengok la video kat bawah ni.

01 April 2010

Life As It Comes and Go


A ticking clock could never be stopped
Therefore so much had happened
Without knowing they occurred around us
When we can't be able to control them

A year has past already?
I wish we will always stay the same
So we could live so long
When we know there isn't much time left

As life comes and go
Yet you still here
Dancing in my heart
Yes, you had always been a good dancer

"I love you"
Those words seemed much gentle than usual
I know it through your eyes
My dark, pale skin almost blushing

And the year is over
But not our loves story
There won't be any ending
Because this is my promise to you

-----------------------

Thank you Syafawani...

28 March 2010

Jurnal Praktikum Minggu 1


FYI, 22/3-16/4 ni aku menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan. Dan supposely aku kena tulis jurnal setiap minggu untuk dimasukkan ke dalam folio. Tapi aku rasa tulis jurnal dalam blog lagi senang. Korang pon boley baca. So apa kata aku merepek-melalut di sini saja?

 --------------------------------------------------------------------------------

22/3/2010 (Isnin):
Aku mula melaporkan diri. Sekali imbas memang nampak macam skola baru. Tanya pak guard depan tu dia cakap baru 5 tahun bukak. So aku bergegas ke pejabat nak jumpa Guru Besar. Tapi memandangkan dia busy, dapat jumpa Penolong Kanan saja. Setelah bagi surat pengenalan diri, aku pon explain yang aku kena mengajar minimun 8 waktu saja (4 jam) seminggu bagi subjek major (PJ). Lepas tu naik bilik guru dapat meja. Aku terkejut sebab bilik guru memang besar, tapi cikgu dalam tu sikit saja. Meja kosong bersepah2. Pilih saja mana yang suka. Kemudian Penolong Kanan panggil. Rupa-rupanya dia nak bagi jadual waktu. Wah, dah siap! Bagus betul. Aku harapkan 2-3 hari lagi baru bagi. Sudah dapat awal ni maksudnya aku kena mengajar esok juga. Aku pon kelam kabut mintak Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dekat Cikgu Nazri selaku Guru Panitia PJ untuk aku buat Rancangan Mengajar Tahunan (RPH).

23/3/2010 (Selasa)
Jadual tido aku sudah berubah. Asal pukul 12 tengah malam ja mata dah berkelip2 cari bantal. Bangun pon pukol 6 pagi. Baru aku rasa orang bekerja ni tak dak life. Sepatutnya aku kena mengajar hari ini. Tapi since belom dapat RPT, aku decide nak observed Cikgu Hanida mengajar saja sebab aku yang sepatutnya ambil alih kelas dia hari tu. Tapi memandang jadual aku dan Anuar clash, aku decide nak bagi dia dulu ajar.So aku rilek saja hari itu. Kemudian datang pula Penolong Kanan bawak kertas pink. Diberinya sorang satu kat budak2 praktikum. Rupanya kami kena relief (ganti) kelas. Aku pon masuk kelas relief aku darjah 4 Emas bagi subjek Bahasa Inggeris. Aku pon speaking la dalam kelas. Skali budak2 ni xpaham. Xtau la sebab English aku terlalu terok atau terlalu tinggi. So aku bagi kerja suruh diorang buat karangan. Time nak balik PK datang bawak kertas dan wajibkan kami terlibat dalam Gerko. Aku pon pilih Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Badminton. Petang pulak ada mesyuarat sekolah. Balik lewat la.

24/3/2010 (Rabu)
Aku start mengajar hari ini. RPT xdak, so aku ajar berdasarkan tajuk yang ada dalam sukatan pelajaran. Hari tu kelas yang aku ajar ialah 3 Emas. Semua bising nak main bola. Tapi since aku cikgu, diorang kena dengar cakap aku. Dalam kelas memang senang sket nak control budak2. Tapi sampai atas padang, bersepah2 budak2 ni. Berlari ke sana kemari. Aku ajar tajuk ketangkasan dalam tunjang Kecergasan Fizikal. Aku suruh budak2 ni lari ulang alik, lompat dan lari zig-zag dan beberapa permainan kecil. Skali dah macam kena buat fitness. Lembik budak2 tu. Rasakan! Nak sangat buas2 dalam kelas aku? Petang pulak kena handle TKRS. cikgu TKRS yang merupakan cikgu lepasan KPLI baru posting tu suruh aku, Rohaz dan Azizi ajar kawat kaki. Skali tanya dia ajar kawat gitu2 saja sebab KPLI setahun, memang xbanyak yang diorang blajar utk TKRS. Aku pon ajar kat budak2. Sekali terpegun cikgu KPLI tu. Memang dia mengaku banyak yang diorang xblajar atau missed masa KPLI dulu. Aku perasan cikgu KPLI tu diam2 tulis note and tangkap gambar masa aku tengah ajar kawat sebab banyak yang diorang xtau. Lepas tu Persatuan Badminton pula, seperti biasa, cikgu badminton pon suruh aku ajar budak2 kemahiran dalam badminton. Aku tanya dia sebelum ni buat apa? Dia cakap sebelum ni suruh main ja. Hadoi! Aku dan Jai pon ajar basic dalam badminton. Aku ajar cara pengangan raket dengan betul dan jenis2 pukulan, sementara Jai ajar kemahiran servis. Macam biasa, cikgu-cikgu tadi tu diam2 tulis note dan tangkap video. Huhu...........

25/3/2010 (Khamis)
Hari ini aku ajar darjah 4 Emas. Aku tau budak2 suka main bola. So aku nak ajar kemahiran tendangan leret dalam permainan bola. Tapi since pagi tu ada perhimpunan, PK handle perhimpunan sampai pukul 8.30 pagi! kelas aku habis pukul 8.40 pagi. So aku cakap kat budak2 tu suruh salin baju dan naik ke kelas ja. Kesian budak2 tu. Muka sorang2 sedih xdapat PJ. Kemudian Cikgu Asmadi selaku S/U Sukan mintak tolong buat persembahan untuk Hari Sukan pada 4 April. So kami cikgu2 praktikal ni decide untuk buat persembahan gimnastik artistik. Tujuannya adalah untuk beri pandangan awal yang positif tentang pengajaran gimnastik di sekolah. Dengar saja gimnastik memang orang kata merbahaya untuk diajar kepada murid2. Tapi sebenarnya tak berbahaya jika diajar dengan cara yang betul. Antara elemen yang dimasukkan dalam persembahan adalah seperti manipulasi alatan, imbangan, gulingan dan piramid manusia. Semuanya yang simple2. Petang pulak buat line padang untuk Sukan Sekolah. Tapi tergendala sebab hari hujan.

26/3/2010 (Jumaat)
Hari ini aku ajar darjah 2 Emas. Cikgu kelas tu suruh aku train budak2 untuk Sukaneka Jumaat depan. So aku train saja la. Aktiviti yang aku buat ialah tarik bola dalam gelung, bawa bola berpasangan dan lontar pundi kacang dalam bakul. Sekolah abes awal so aku balik awal. Boley rest!

27/3/2010 (Sabtu)
Aku kena datang jugak Sabtu. Sebab ada mesyuarat PIBG. Semua terlibat. Memang boring. Lepas tu sambung buat line trek balapan kat padang. Tengah2 panas. Tapi dah biasa dah. Panas tu perkara biasa bagi Cikgu PJ.

 --------------------------------------------------------------------------------

P/S: Lepas ni aku try update perkembangan aku setiap hari, kalo tak busy la. Dan cuba ambik gambar sebanyak mungkin. Tapi ktorang ni asik busy sampai handset xsempat nak pengang!

14 March 2010

Anak Sulung Sepatutnya Lelaki? Mitos Atau Logik?

Dah lama tak berblogging since bersepah-sepah assignment perlu disiapkan dan projek kena uruskan. Apa pon, tibalah masanya nak luahkan dekat page ni bila sesuatu isu timbul. Isu ini sebenarnya timbul semasa berbual bersama seorang rakan karib di restoran mapley. Tiba2 isu ini diperdebatkan sama ada adakah isu ini memang benar dan hanya sekadar mitos?
______________________________________________________


Sesuatu perhubungan yang membawa ke jinjang pelamin adalah perkara yang paling indah. Langkah kedua seterusnya adalah ingin mempunyai penyeri rumah tangga yang juga keperluan dalam mengekal kemandirian spesies bagi semua makhluk di dunia. Namun begitu, masyarakat kita tidak lari dari mengidam-idamkan anak lelaki sebagai ahli pertama yang bakal dilahirkan dalam sesebuah keluarga. Apakah rasionalnya?

Lelaki memang diakui potensi sebagai khalifah dan ketua di muka bumi ini. Ini adalah tugas seorang lelaki apabila tiba masa dan kelayakan yang dikecapinya. Tetapi pada zaman sekarang, tidak dinafikan kehebatan wanita sebagai seorang ketua. Namun begitu, jika dilihat dari segi situasi sebuah keluarga dan hanya status sebagai seorang anak yang masih dalam tanggungan keluarga, adakah lelaki dan perempuan sama hebatnya dari segi kepimpinan dan pengurusan emosinya?

Saya ambil satu iktibar dari sebuah cerita di mana seorang bapa yang sering tidak sihat. Suatu malam bapa tersebut tiba-tiba sakit tenat. Atas tindakan pantas seorang anak ketiga dalam keluarga yang merupakan anak lelaki menyedari itu bukanlah penyakit biasa, beliau mendukung ayahnya ke dalam kereta dan terus memandu ke hospital berdekatan. Sedangkan kakak-kakaknya yang sulung masih termanggu-manggu disekitar rumah tentang apa yang harus dibawa ke hospital dan apa dokumen penting perlu disediakan.

Apa yang dapat dilihat berdasarkan kisah di atas adalah kemampuan berfikir dan pengurusan emosi seseorang. Di sini, kita bercakap tentang logik akal. Logik merupakan kemampuan otak membentuk hujah-hujah yang akan menganalisis yang manakah benar dan patut dilakukan. Dalam kisah yang disebut, kedua-dua logik anak lelaki dan anak perempuan adalah tepat iaitu membawa bapa mereka ke hospital. Namun isunya di sini, yang manakah patut diutamakan?

Kita dapat lihat anak lelaki terus membawa bapanya ke hospital kerana baginya, nyawa dan keselamatan perlu diutamakan. Perkara remeh-temeh seperti pendaftaran, dokumen penting seperti insurans dan pengenalan diri boleh diselesaikan kemudian. Namun begitu, tidak seperti anak perempuan kerana baginya kelicinan proses mendapatkan rawatan bapanya adalah penting supaya tidak berlaku sebarang masalah. Patutkah saya berkata, perempuan hanya melambatkan atau menyukarkan keadaan?

Sebenarnya perempuan tidak harus dipersalahkan. Memang fitrah dalam diri mereka yang mementingkan kekemasan dan kelancaran dari timbul sebarang masalah. Namun dalam situasi kecemasan, logik akal seorang lelaki kebanyakannya membuat keputusan 'first thing comes first'. Itu adalah bertentangan dengan kemampuan logik sebenar seorang lelaki yang boleh menganalisis sehingga 2 ke 3 peringkat kesan yang akan berlaku apabila sesebuah keputusan diambil atau dengan kata lainnya berfikir panjang. Orang perempuan pula kebanyakannya sering berfikiran singkat. Namun perkara ini bagaikan terbalik apabila berlaku situasi kecemasan.


Mungkin ini adalah kesan dari pengurusan emosi yang lemah. Ya, tidak dapat dinafikan apabila berlakunya kecemasan, emosi kita banyak mengambil alih logik akal. Kita berasa panik dan menggelabah. Kesan daripada pengurusan emosi yang lemah ini boleh mengubah kesan ke atas keputusan yang diambil. Kebanyakan perempuan lebih cenderung dalam gagal mengawal emosi. Benar atau tidak. Anda kaji sendiri.

Jadi, apakah ini merupakan rasional masyarakat lebih mengutamakan anak lelaki sebagai anak sulung? Rasional biasa yang kita dengar dari orang-orang terdahulu adalah kemampuan lelaki untuk memimpin adik-adik yang lain. Namun begitu, jika anak lelaki mempunyai logik akal yang lebih baik dan pengurusan emosi yang lebih stabil untuk membuat sesuatu keputusan, mengapa wujudnya gejala sosial dan ketagihan dadah yang kebanyakannya terdiri daripada lelaki? Seperti biasa, saya serahkan persoalan itu kepada anda.