28 March 2010

Jurnal Praktikum Minggu 1


FYI, 22/3-16/4 ni aku menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan. Dan supposely aku kena tulis jurnal setiap minggu untuk dimasukkan ke dalam folio. Tapi aku rasa tulis jurnal dalam blog lagi senang. Korang pon boley baca. So apa kata aku merepek-melalut di sini saja?

 --------------------------------------------------------------------------------

22/3/2010 (Isnin):
Aku mula melaporkan diri. Sekali imbas memang nampak macam skola baru. Tanya pak guard depan tu dia cakap baru 5 tahun bukak. So aku bergegas ke pejabat nak jumpa Guru Besar. Tapi memandangkan dia busy, dapat jumpa Penolong Kanan saja. Setelah bagi surat pengenalan diri, aku pon explain yang aku kena mengajar minimun 8 waktu saja (4 jam) seminggu bagi subjek major (PJ). Lepas tu naik bilik guru dapat meja. Aku terkejut sebab bilik guru memang besar, tapi cikgu dalam tu sikit saja. Meja kosong bersepah2. Pilih saja mana yang suka. Kemudian Penolong Kanan panggil. Rupa-rupanya dia nak bagi jadual waktu. Wah, dah siap! Bagus betul. Aku harapkan 2-3 hari lagi baru bagi. Sudah dapat awal ni maksudnya aku kena mengajar esok juga. Aku pon kelam kabut mintak Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dekat Cikgu Nazri selaku Guru Panitia PJ untuk aku buat Rancangan Mengajar Tahunan (RPH).

23/3/2010 (Selasa)
Jadual tido aku sudah berubah. Asal pukul 12 tengah malam ja mata dah berkelip2 cari bantal. Bangun pon pukol 6 pagi. Baru aku rasa orang bekerja ni tak dak life. Sepatutnya aku kena mengajar hari ini. Tapi since belom dapat RPT, aku decide nak observed Cikgu Hanida mengajar saja sebab aku yang sepatutnya ambil alih kelas dia hari tu. Tapi memandang jadual aku dan Anuar clash, aku decide nak bagi dia dulu ajar.So aku rilek saja hari itu. Kemudian datang pula Penolong Kanan bawak kertas pink. Diberinya sorang satu kat budak2 praktikum. Rupanya kami kena relief (ganti) kelas. Aku pon masuk kelas relief aku darjah 4 Emas bagi subjek Bahasa Inggeris. Aku pon speaking la dalam kelas. Skali budak2 ni xpaham. Xtau la sebab English aku terlalu terok atau terlalu tinggi. So aku bagi kerja suruh diorang buat karangan. Time nak balik PK datang bawak kertas dan wajibkan kami terlibat dalam Gerko. Aku pon pilih Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Badminton. Petang pulak ada mesyuarat sekolah. Balik lewat la.

24/3/2010 (Rabu)
Aku start mengajar hari ini. RPT xdak, so aku ajar berdasarkan tajuk yang ada dalam sukatan pelajaran. Hari tu kelas yang aku ajar ialah 3 Emas. Semua bising nak main bola. Tapi since aku cikgu, diorang kena dengar cakap aku. Dalam kelas memang senang sket nak control budak2. Tapi sampai atas padang, bersepah2 budak2 ni. Berlari ke sana kemari. Aku ajar tajuk ketangkasan dalam tunjang Kecergasan Fizikal. Aku suruh budak2 ni lari ulang alik, lompat dan lari zig-zag dan beberapa permainan kecil. Skali dah macam kena buat fitness. Lembik budak2 tu. Rasakan! Nak sangat buas2 dalam kelas aku? Petang pulak kena handle TKRS. cikgu TKRS yang merupakan cikgu lepasan KPLI baru posting tu suruh aku, Rohaz dan Azizi ajar kawat kaki. Skali tanya dia ajar kawat gitu2 saja sebab KPLI setahun, memang xbanyak yang diorang blajar utk TKRS. Aku pon ajar kat budak2. Sekali terpegun cikgu KPLI tu. Memang dia mengaku banyak yang diorang xblajar atau missed masa KPLI dulu. Aku perasan cikgu KPLI tu diam2 tulis note and tangkap gambar masa aku tengah ajar kawat sebab banyak yang diorang xtau. Lepas tu Persatuan Badminton pula, seperti biasa, cikgu badminton pon suruh aku ajar budak2 kemahiran dalam badminton. Aku tanya dia sebelum ni buat apa? Dia cakap sebelum ni suruh main ja. Hadoi! Aku dan Jai pon ajar basic dalam badminton. Aku ajar cara pengangan raket dengan betul dan jenis2 pukulan, sementara Jai ajar kemahiran servis. Macam biasa, cikgu-cikgu tadi tu diam2 tulis note dan tangkap video. Huhu...........

25/3/2010 (Khamis)
Hari ini aku ajar darjah 4 Emas. Aku tau budak2 suka main bola. So aku nak ajar kemahiran tendangan leret dalam permainan bola. Tapi since pagi tu ada perhimpunan, PK handle perhimpunan sampai pukul 8.30 pagi! kelas aku habis pukul 8.40 pagi. So aku cakap kat budak2 tu suruh salin baju dan naik ke kelas ja. Kesian budak2 tu. Muka sorang2 sedih xdapat PJ. Kemudian Cikgu Asmadi selaku S/U Sukan mintak tolong buat persembahan untuk Hari Sukan pada 4 April. So kami cikgu2 praktikal ni decide untuk buat persembahan gimnastik artistik. Tujuannya adalah untuk beri pandangan awal yang positif tentang pengajaran gimnastik di sekolah. Dengar saja gimnastik memang orang kata merbahaya untuk diajar kepada murid2. Tapi sebenarnya tak berbahaya jika diajar dengan cara yang betul. Antara elemen yang dimasukkan dalam persembahan adalah seperti manipulasi alatan, imbangan, gulingan dan piramid manusia. Semuanya yang simple2. Petang pulak buat line padang untuk Sukan Sekolah. Tapi tergendala sebab hari hujan.

26/3/2010 (Jumaat)
Hari ini aku ajar darjah 2 Emas. Cikgu kelas tu suruh aku train budak2 untuk Sukaneka Jumaat depan. So aku train saja la. Aktiviti yang aku buat ialah tarik bola dalam gelung, bawa bola berpasangan dan lontar pundi kacang dalam bakul. Sekolah abes awal so aku balik awal. Boley rest!

27/3/2010 (Sabtu)
Aku kena datang jugak Sabtu. Sebab ada mesyuarat PIBG. Semua terlibat. Memang boring. Lepas tu sambung buat line trek balapan kat padang. Tengah2 panas. Tapi dah biasa dah. Panas tu perkara biasa bagi Cikgu PJ.

 --------------------------------------------------------------------------------

P/S: Lepas ni aku try update perkembangan aku setiap hari, kalo tak busy la. Dan cuba ambik gambar sebanyak mungkin. Tapi ktorang ni asik busy sampai handset xsempat nak pengang!

9 comments:

oshinz said...

selamat pagi cikgu! naseb baek jenis kulit yang tak cepat rentung. kalau tak jenuh la nak pakai sunblock. ehehe.. selamat mengajar eh!

Mr.P said...

ehe..tu la
beruntung dpt kulit ssh nk dpt sunburn
pe pon..tq for the support

mirachantek said...

kesimpulan saya, saya akan enjoy habis2an sebelum kerja kerana selepas dapat kerja kita tak akan ada 'life'.

: )

-mira suka ajar basic grammar dulu masa kat pusat tuisyen. simple present/past/future paling faveret.

Mr.P said...

haha..gud idea!
grammar pali pon pukang-lintang..

mirachantek said...

setakat simple sentence, boleh aje kot...
from basic grammar, baru boleh ajar karangan n mende advance kan?
nak consult apa2 ring2 sajalah ya.

~~Masha~~ said...

wah2..cikgu Fazlie..mmg berkaliber n active eh..bgus2..jdi la cikgu yg baik k..jgn nk ngorat student plak..hehe..

Mr.P said...

ala masha..
xde maknenye nk ngorat bdak2 kecik..
baik ngorat cikgu yg tgh single.haha!
lgpn pali dh brpunya..
xley gatal2 nnt kena cubit.

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

da dapat lagu? sat nk p dengar mana yg best..huhu

Mr.P said...

blom lagi..suggest lagu yg best2 utk persembahan gimnastik tu ye?