14 March 2010

Anak Sulung Sepatutnya Lelaki? Mitos Atau Logik?

Dah lama tak berblogging since bersepah-sepah assignment perlu disiapkan dan projek kena uruskan. Apa pon, tibalah masanya nak luahkan dekat page ni bila sesuatu isu timbul. Isu ini sebenarnya timbul semasa berbual bersama seorang rakan karib di restoran mapley. Tiba2 isu ini diperdebatkan sama ada adakah isu ini memang benar dan hanya sekadar mitos?
______________________________________________________


Sesuatu perhubungan yang membawa ke jinjang pelamin adalah perkara yang paling indah. Langkah kedua seterusnya adalah ingin mempunyai penyeri rumah tangga yang juga keperluan dalam mengekal kemandirian spesies bagi semua makhluk di dunia. Namun begitu, masyarakat kita tidak lari dari mengidam-idamkan anak lelaki sebagai ahli pertama yang bakal dilahirkan dalam sesebuah keluarga. Apakah rasionalnya?

Lelaki memang diakui potensi sebagai khalifah dan ketua di muka bumi ini. Ini adalah tugas seorang lelaki apabila tiba masa dan kelayakan yang dikecapinya. Tetapi pada zaman sekarang, tidak dinafikan kehebatan wanita sebagai seorang ketua. Namun begitu, jika dilihat dari segi situasi sebuah keluarga dan hanya status sebagai seorang anak yang masih dalam tanggungan keluarga, adakah lelaki dan perempuan sama hebatnya dari segi kepimpinan dan pengurusan emosinya?

Saya ambil satu iktibar dari sebuah cerita di mana seorang bapa yang sering tidak sihat. Suatu malam bapa tersebut tiba-tiba sakit tenat. Atas tindakan pantas seorang anak ketiga dalam keluarga yang merupakan anak lelaki menyedari itu bukanlah penyakit biasa, beliau mendukung ayahnya ke dalam kereta dan terus memandu ke hospital berdekatan. Sedangkan kakak-kakaknya yang sulung masih termanggu-manggu disekitar rumah tentang apa yang harus dibawa ke hospital dan apa dokumen penting perlu disediakan.

Apa yang dapat dilihat berdasarkan kisah di atas adalah kemampuan berfikir dan pengurusan emosi seseorang. Di sini, kita bercakap tentang logik akal. Logik merupakan kemampuan otak membentuk hujah-hujah yang akan menganalisis yang manakah benar dan patut dilakukan. Dalam kisah yang disebut, kedua-dua logik anak lelaki dan anak perempuan adalah tepat iaitu membawa bapa mereka ke hospital. Namun isunya di sini, yang manakah patut diutamakan?

Kita dapat lihat anak lelaki terus membawa bapanya ke hospital kerana baginya, nyawa dan keselamatan perlu diutamakan. Perkara remeh-temeh seperti pendaftaran, dokumen penting seperti insurans dan pengenalan diri boleh diselesaikan kemudian. Namun begitu, tidak seperti anak perempuan kerana baginya kelicinan proses mendapatkan rawatan bapanya adalah penting supaya tidak berlaku sebarang masalah. Patutkah saya berkata, perempuan hanya melambatkan atau menyukarkan keadaan?

Sebenarnya perempuan tidak harus dipersalahkan. Memang fitrah dalam diri mereka yang mementingkan kekemasan dan kelancaran dari timbul sebarang masalah. Namun dalam situasi kecemasan, logik akal seorang lelaki kebanyakannya membuat keputusan 'first thing comes first'. Itu adalah bertentangan dengan kemampuan logik sebenar seorang lelaki yang boleh menganalisis sehingga 2 ke 3 peringkat kesan yang akan berlaku apabila sesebuah keputusan diambil atau dengan kata lainnya berfikir panjang. Orang perempuan pula kebanyakannya sering berfikiran singkat. Namun perkara ini bagaikan terbalik apabila berlaku situasi kecemasan.


Mungkin ini adalah kesan dari pengurusan emosi yang lemah. Ya, tidak dapat dinafikan apabila berlakunya kecemasan, emosi kita banyak mengambil alih logik akal. Kita berasa panik dan menggelabah. Kesan daripada pengurusan emosi yang lemah ini boleh mengubah kesan ke atas keputusan yang diambil. Kebanyakan perempuan lebih cenderung dalam gagal mengawal emosi. Benar atau tidak. Anda kaji sendiri.

Jadi, apakah ini merupakan rasional masyarakat lebih mengutamakan anak lelaki sebagai anak sulung? Rasional biasa yang kita dengar dari orang-orang terdahulu adalah kemampuan lelaki untuk memimpin adik-adik yang lain. Namun begitu, jika anak lelaki mempunyai logik akal yang lebih baik dan pengurusan emosi yang lebih stabil untuk membuat sesuatu keputusan, mengapa wujudnya gejala sosial dan ketagihan dadah yang kebanyakannya terdiri daripada lelaki? Seperti biasa, saya serahkan persoalan itu kepada anda.

6 comments:

mirachantek said...

personally, i think that having an Abang as the first guardian is the best, you'll never know what is ahead aite?

can't agree more on emotional handling. man handles such situation perfectly as they are more focus than a woman.

and women are not slowing down the process, they are just meticulous. their meticulousness made it slow, (depend on the person jugak la kan)
i do agree with the statements you made,.. cos me, myself still look for you for some decisions aite.

men are the greatest in making decisions so far, compared to women. cos we just got too many to handle. heheh.

the liberty of thought often made human go astray. doesn't matter which gender, but it seems to me that man would often go down the road of junkie and women : ) elevated lady of the night.

erghh membebel plak.

tak kesah la lelaki ke perempuan yang sulung, asalkan pcukup matang untuk guide adik2 sudah. tapi kadang2, adik lebih matang daripada si sulung kan?

Mr.P said...

indeed..women are very meticulous..but being VERY2 careful isn't really good..sometimes lead to cerewet -oh.i hate that..
yes..adik kadang2 lebih matang dari abg.depends on his/her surrounding gk.kalo kakak asik terperuk bawah tempurung n adik bergaul dgn dunia luar masakan perkara tu akan berlaku sebaliknya.
remember, experience taught us to be matured, but genetic and gender do play their part as well..

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

mm maybe jugak la lelaki lg better when it comes to decision making..
but sometimes pmpuan nih once dia dah decide maybe xleh patah balik kan..huhu..
suma tu emotion pny factor..for me sapa sulung xjd isu..depends on seseorg tu sdiri jugak mcmana sifat kepimpinan yg dia ada:)

Mr.P said...

siapa sulung tetap isu..
sesetengah keluarga lebih pentingkan superiority n seniority regardless types of gender.
when it comes to decision making between siblings, opinions from the younger one are hardly to be heard..
eventhough it was the right choice and happened to be ia pendapat seorang lelaki..
who knows?

oshinz said...

kalau anak lelaki tu jenis yang bertanggungjawab.. then it will be fine. tapi bile dapat yang bile da kawen, pastu takut bini. emm.. paham-paham sendri la kan. mak bapak pun time tu terpinggir.

mirachantek said...

Oshinz_ itu jenis lelaki bodoh tak tau tanggungjawab. bak kata nenek saya la.... sebab tu nenek saya tak kasi saya kawen kalau orang tu bukan yatim piatu.