25 February 2010

Pincang Tugas

Aiseh..sejak kebelakangan ni aku punya emosi banyak bawak masalah. Aku pon tertanya2 apsal banyak sangat hal aku buat. Nak kata banyak makan daging tak dak la sangat. Makan asap banyak la. Aku rasa kena pegi berenang ni. Kasi lega sket. Yela, salu orang nak cool down minum air. Ni apa kata terus berendam dalam kolam. Konpem ok! Tapi tak boleh jugak. Kolam kat maktab tu dah macam air laut. Klorin dia mengalahkan pencuci Dynamo. Pekat, likat! 

Rasanya kena cari port macam air terjun ok jugak. Tambah ada plak port2 mancing macam kat Semenyih. Tapi baik aku mancing kat Banting tu. Tarik pacu ke patin ke. Mau puas. Mancing kat Kemensah tu bikin lagi panas ja. Anak ikan 3 ekor dah diazabkan oleh sahabat aku Jiji. Bengang ikan tak makan umpan roti ramuan istimewa dia tu. Silap2 aku lagi terok nanti, pakai umpan bateri kereta terus. Hambek kau! (pehal sembang psal ikan lak nih mancing lak nih??)

Ok2. Sambung diskusi. Disebabkan diri aku ni dah pincang tugas. Aku cuba untuk analyze apa punca2nya. Rupanya assignment dan projek yang buat aku bak orang gila. Mananya tak? Dalam 2 minggu ni, macam2 nak kena handle. Sem ni kena urus Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) dan aku dalam jawatan kuasa pertandingan. Esok bermula la azab aku. Nak kena key in data peserta kejohanan dan buat buku kejohanan. Hadoi!

Pastu pulak kena urus Projek Pendidikan Kesihatan dengan kerjasama Prostar KL. Jadi Naib Pengerusi pulak tu. Pening nak cari tarikh. Tarikh tu plak dalam minggu yang sama dengan perlaksanaan KOT. Hah! Nak cari pasal kot? Nasib baik urusan dengan Prostar berjalan lancar masa meeting dengan YDP Prostar KL petang semalam.

Lepas ni ada Projek Tanaman Herba plak di bawah subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan (aku tak nampak kaitan di situ??). Nasib baik aku tak dak pegang jawatan apa2. Ni belom pikir psal micro-teaching lagi dan assignment punya esei. Nak kena wat rujukan. Sebab everything kena perfect. Memang amek masa lama. Dah la buat last2 minute sebab time tu la baru datang semangat dan idea. Aku ni lembab sket nak tulis academic essay. Tulis APA pon kena tengok manual? Jahanam...

Memang stress sangat2. Jangan la nak buat lawak bodoh tak tentu psal. Konpem2 kena libas dengan selipar aku beli kat Downtown tu nanti. Dengan tido pon tak teratur dan tak cukup. Nasib baik presentation Program Pencegahan HIV/AIDS semalam mendapat pujian. Happy la sket. Hopefully lepas abes semua ni. Aku nak mengasingkan diri buat apa yang boleh menenangkan aku. Si dia dah berdiam diri selama beberapa hari. Aku tak mintak dia faham aku, sebab aku ni unpredictable. Cuma harap2 dia tau perkembangan aku.
Cheers!

23 February 2010

She's Gone

She's gone,
Out of my life.
I was wrong,
I'm to blame,
I was so untrue.
I can't live without her love.

In my life
There's just an empty space.
All my dreams are lost,
I'm wasting away.
Forgive me, girl.

Lady, won't you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.

She's gone,
Out of my life.
Oh, she's gone.
I find it so hard to go on.
I really miss that girl, my love.

Come back into my arms.
I'm so alone,
I'm begging you,
I'm down on my knees.
Forgive me, girl.

Lady, oh, lady.
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.

-Steel Heart-

Budaya Mengampu

Budaya mengampu adalah satu amalan lazim yang wujud di dalam masyarakat kita. Hal ini wujud bukan sahaja di platform tertinggi dalam kerajaan, malah turut wujud secara kecil-kecilan di peringkat organisasi dan masyarakat.

Mengampu juga dikenali sebagai membodek. Di kalangan pelajar cukup terkenal dengan istilah 'kipas'. Asasnya ia adalah satu pujian terhadap pencapaian atau usaha seseorang. Namun begitu, masyarakat kita sering menambah-nambah dalam pujian ataupun terlebih memuji menyebabkan pujian tersebut hilang elemen keikhlasannya. Tambahan pula, pujian tersebut mempunyai niat atau agenda yang tersembunyi. Ketika itulah pujian yang diberi berniat untuk mengampu. Diriwayatkan dalam sebuah hadis:
Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlebih-lebih dalam pujiannya maka Rasulullah s.a.w: "Kamu telah merosakkannya dan telah memotong belakangnya (seolah-olah)" ( Riwayat Al-Bukhari )

'Memotong belakang' dalam konteks ini merujuk kepada pujian berlebihan yang tidak wujud pada individu tersebut sehingga menghancurkan keikhlasan, merosakkan hati dan membuat diri sentiasa hebat (rujuk http://www.zaharuddin.net).

Kebiasaannya, mengampu membawa imej yang buruk dikalangan pendengar. Sebut sahaja mengampu, pandangan negatif terpapar di kotak fikiran seseorang. Adakah amalan mengampu boleh membawa kepada kebaikan atau jelas ternyata sebagai perlakuan yang salah di sisi agama dan etika?

Dari sudut pandangan saya, ciri-ciri negatif mengampu mempunyai agenda yang tersembunyi dan kerap kali digunakan untuk kepentingan diri pengampu. Kita dapat lihat, seorang pekerja bawahan cuba mengampu ketua atasannya agar kenaikan pangkat dipercepat atau inginkan pengaruh dari orang atasan melalui pelbagai cara. Mengampu boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada secara lisan, bertulis, gerak geri badan atau gabungan semua ini. Sehinggakan bekas Perdana Menteri pun pernah melaluinya.
"Begitu juga kebanyakan yang lain yang dilantik Menteri oleh saya. Mereka dahulunya merupakan penyokong kuat saya, cium tangan saya dan menangis apabila saya meletakkan jawatan" : ( rujuk http://www.chedet.com/)

Tambahan pula jika mengampu jenis ini membawa kepada perasaan hasad dengki dari rakan-rakan sejawat dan menyusahkan orang lain. Namun begitu, saya terfikir, adakah mengampu juga boleh membawa kepada kebaikan orang ramai selain dari pengampu itu sendiri? Dan bentuk biasa yang kita dapat lihat sekarang adalah mengampu untuk meneruskan kerja baik seseorang.
Barangsiapa yang memuji seseorang atas perbuatan baik yang dilakukannya dengan tujuan untuk menggalakkan lagi kerja baiknya dan mendorong orang lain berbuat yang sama sepertinya, maka ia TIDAKLAH TERMASUK dalam kategori "maddah" iaitu yang pemuji terkeji" (Ma'alim as-Sunan)

Lihat? Mengampu juga boleh memotivasikan orang lain supaya menjalankan kerja yang berkualiti seperti diri orang yang dipuji, walaupun pujian itu agak berlebihan. Walaupun begitu, mentaliti orang Malaysia tidak pernah lari dari perasaan hasad dengki dan iri hati. Kebanyakan orang tidak boleh terima seseorang lebih hebat dari dirinya. Separuh yang lain pula hanya berkata "sudah rezeki dia macam tu". Tidak pula disusuli dengan usaha untuk buat yang terbaik. Jika mengampu jenis ini yang dikategorikan positif, tetapi boleh melahirkan rasa iri hati dan hasad dengki orang lain, bolehkah ia diamalkan? Persoalan itu saya serah kepada anda.

15 February 2010

Dilema Celcom Broadband

Hari ini aku bengang sangat dengan celcom. 2 bulan lepas aku dah survey harga daily broadband. Ternyata harga Celcom Broadband jauh lebih murah iaitu RM 6 bagi daily unlimited berbanding RM 8 bagi daily unlimited Maxis Broadband. So 2 bulan lepas jugak aku beli sim card Celcom UOX sebab aku dah bajet nak beli laptop dan handphone ada modem. Dan aku jugak dah survey coverage jenis apa yang ada kat umah aku ni bagi Celcom dan Maxis. Celcom ada EDGE, manakala Maxis tetap dengan GPRS buduhnya kat umah aku ni. 

Hari ni aku pulang bercuti. So bila dah beli Dell dan Xperia. Aku pon apa lagi. Start motor gi kedai runcit kat depan tu, "Bang, bagi top-up Celcom RM10. Bagi 2 keping". Sampai ja umah. aku terus dail *118# dan subscribe broadband unlimited. Cucuk sana sini, terus nak online. Tapi problem plak. Aku tak tau camna nak set Xperia aku jadi modem kat laptop. Lupa plak nak baca manual masa kat KL. Maklum la, baru 1st time pakai Windows Mobile. Kalo ada internet sempat jugak aku usha2 dalam forum camna nak setting. Aku pon bergegas ke mapley berdekatan sebab ada Wi-Fi kat situ.

Kebetulan kak aku pesan fresh oren, sempat aku online kat mapley tu. Aku pon on Wi-Fi kat Xperia aku pastu bukak browser Opera. Tiba2 datang plak benda ni, "please check your internet service". Pulak dah. Bikin gua hangin ja. Ane tu cakap internet problem. So terpaksa la aku subscribe Maxis Mobile Internet tu. RM 2 sejam. Boley la. Kredit pon banyak lagi. Kena plak kat area pekan ni ada HSDPA, memang sepantas kilat aa aku google setting untuk Xperia aku.

Bila dah paham cara2 setting, aku pon bergegas pulang. Bila semua dah siap. Aku pon bukak browser Firefox ni. Ceit!! Apsal lembab sangat? Padahal dah dapat coverage EDGE. Pastu aku bukak YM. Memang niat di hati nak YM. Tiba2, "we can't sign you in". Aku bagai tak mengerti. Aku google plak setting untuk YM yang pkai broadband ni. Setelah 10 minit menuggu, aku tengok 1st page search result kat Google tu then aku terkedu. Kenapa? Sebab dari atas sampai bawah penuh dengan link ke page maki hamun kat Celcom Broadband sebab rata2 user tak puas ati dengan speed dan tak boley sign in YM. Perghhh. Aku dah beli topup smpai 2 keping. Rasa nak lempar ja sekeping tu lagi. Rugi!

Aku pon tiba2 rasa macam nak tulis post berbaur keji-caci-maki Celcom Broadband kat blog ni. Tapi aku batalkan hasrat tu sebab aku percaya diorang boley improve lagi. Ok la. Tak nak tulis post panjang2. Kang lambat nak publish plak. Mau esok pagi baru nak siap.
Cheers!!

08 February 2010

Girls, Sex and Respect


In many ways, do we have to respect girls? How can we show them respect? In what way? What are the dos and don'ts? Frankly, I don't even know what kind of things that is important in order to respect girls. Whatever they are, I just did what I think is right to respect them, ethically.

In most cases, girls have always been raped by words, literally. I mean sexual harassment in verbal forms such as jokes, obscene language and suggestive remarks. Don't get fooled, sometimes they know what we meant. If you're in that situation, you're doomed.

Maybe you will think she doesn't know, can fool her again and continue laughing instead. In reality, they will leave a mark on your damn forehead saying you're a sex maniac. That is what we should avoid the most. Once it happened, don't even think they would treat you the same again. It shows you're pathetic, shameless, and desperate. Desperate is a harsh word if you think thoroughly.

The worst case scenario, it is irreversible. Nothing you can do make it right again. Don't even think about trying to make it up. It won't work. Once they ignored you, you'll be invisible to them. Nothing they see nice about you. Anything which is bad, they'll notice because that is what you really are. They won't respect you and loosing respect means loosing your dignity.

Bear in your mind, girls want sex as much as guys or maybe more, but in a respectable and romantic way. Not to treat them as a whore. For us, Muslims, marriage means romantic enough to them and respectable indeed. Having sexual intercourse before marriage? I definitely labeled it as desperate.

Don't get me wrong. I just wrote this as in my point of view because I see lots of guys didn't do it right. Especially for those who are still in immaturity. Wake up guys! You wanted to be cool, to be hot in front of girls? Show them some respect first.
Cheers!

06 February 2010

Ka-Ching!

Post kali ini memaparkan apa yang aku dah buat dengan duit elaun yang kerajaan bagi..hehe. Tapi semuanya berguna dan menyumbang dalam pengajian aku. Aku bukan main spend duit kat benda2 tak dak faedah. Benda2 utama sahaja akan dipaparkan. Benda kecik2 tu tak payah la. Buat malu ja..hehe.

--------------------------------------------------------------------

Ka-ching 1: Dell Vostro 1088


Ha..sayang aku ni baru ja beli semalam. Nasib baik ada lagi stok kat Lowyat tu. Dalam post yang sebelum ni aku dah review sket pasal laptop ni. Apa yang aku minat pasal laptop ni sebab processor Core 2 Duo T6570, ATI Mobility HD 4330 512Mb dedicated, kaler merah dan harga di bawah RM 2K! Member aku dah buat muka macam beruk yang terkejut bila aku sebut brand Dell harga bawah RM 2K dengan spec yang macam ni. Pandai2 cari la beb. Apa pon laptop ni adalah adik kepada big brother dia yang aku buat tahun lepas kat bawah ni..

 
Jeng jeng! Gaming rig below RM 2K
Spec:
Dual Core E2160 1.80 Ghz @ 3.00 Ghz stable OC
 Cooler Master Hyper TX 3
Vantec Ion 2 650W
Gigabyte G31M-ES2L
Sapphire ATI HD 4870 512 Mb DDR5
4 Gb Corsair Gaming DDR2-800
Maxtor 1 TB
22" LG Flatron W2242T
Powerlogic Wireless Keyboard+Mouse
 Sonic Gear Evo 8

--------------------------------------------------------------------

Ka-ching 2: Sony Ericsson Xperia X1


 

Ha..Yang ni aku beli hari elaun dapat. Sebab yang ni susah nak dapat stok. Aku beli sebab N70 aku masuk air. Walaupun model ni kuar 2 tahun lepas, tapi spec dia tetap up to date. Windows Mobile 6.1, Wi-Fi, GPS. Camera hanya 3.2 megapixel tapi jangan main2, ada touch focus tu! Dan satu lagi ada HSDPA dan pakai 3G saja dan bukan 3.5G. Eleh, macam korang pakai sangat 3.5G tu..kan?? Dan yang lebih penting, sayang aku ni harga RM 1.2 K saja! Mana nak dapat hp Windows Mobile dengan spec terkini harga bawah RM 2K??

--------------------------------------------------------------------

Ok..itu saja aku nak post kali ni. Hopefully hujung2 sem ni aku tak makan pasir..huhu.
Cheers!