Showing posts with label Zack. Show all posts
Showing posts with label Zack. Show all posts

16 October 2011

Zack: Sembunyi


Si Haridz ni selalu kejutkan aku dengan berita-berita gempar. 2 3 berita basi aku hidangkan, 10 berita sensasi dia balas...

'kau pasti ke pasal hal ni?'
'aku tengok pon dah boleh tau la... ' jawab Haridz dengan yakin.

Sejak bila plak kawan aku sorang ni ada ilmu pandang tembus? Ohh.. mungkin informer2 yang sampaikan maklumat ni. Semakin hari semakin semak pulak aku tengok si Zack. Mula-mula rasa kesian, kalau orang lain tengok muka Zack pon rasa simpati. Tapi kalau dah 3 kali tersadung di tempat yang sama, takkan tak boleh nak belajar dari kesilapan?

Ain ada la call 2 3 kali. Aku tak angkat pon. Kalau tak dak hal penting aku malas layan. Biasa la... awek orang. Rasanya Ain nak berkongsi sesuatu. Tapi aku rasa syukur aku tak angkat call Ain. Kalau tak aku pon terjerat dalam masalah diorang. Bukan aku tak ambil berat. Cuma dah muak dengan perangai Zack dan Ain.

Hari tu aku selongkar facebook Ain. Dah macam medan perang. Mungkin ada kebenaran dari cerita Haridz.

'aku tak faham la... sampai macam tu sekali' Haridz runsing.
'tapi aku faham sebab aku pernah berada di tempat dia'

Sabar la Haridz. Benda ni diluar jangkaan kita. Suatu hari kau akan faham.
Zack, aku tak tahu sama ada kau menganaiya atau teranaiya... Aku harap kau tahu apa yang kau buat


15 January 2011

Coup D'etat



Things are resonating
Yell as loud as I could to you 
Yet it bounces back 
Slapped my face 

The ripples above 
Changed the way you look 
Altered your perception to me 
Took my breath every now and then 

It's seconds before I could reach you 
And tell you how stupid I am
For not being able to listen 
And for being able to listen 



brace for impact .....


01 January 2011

Zack: Bagi Yang Terakhir



Musim panas tiba lagi bagi Zack. Sekejap nak demam, sekejap ok. Rasa mual macam nak muntah, tak boleh tido, susah hati, semua tu kemarau yang melanda Zack. Semua tak kena bagi Zack. Asal pegang je handphone, rasa susah hati.

Zack amek keputusan untuk berteduh di bawah pohon bakau seorang diri. Biar kaki ditenggelami selut, biar nyamuk menghurung diri, biar dasar tak dirasai, biar ombak menghukum diri. Meredah siang dan malam memikirkan masa depan. Masa depan baginya yang belum tentu pasti sejak akhir-akhir ini. Bukan hendak menghukum diri. Tapi sekadar mencari dirinya yang hilang.

Jika Zack masih tidak dapat mencari jalan penyelesaian, air pasang besar pasti akan datang bila bulan mengambang.....membuatkan Zack lemas dan dan terus tak bernyawa lagi.



jangan datang tsunami sudah la Zack...


15 October 2010

Zack: Diam



Zack masih lagi ragu-ragu, termanggu-manggu. Apa Zack nak buat? Zack cuba tarik perhatian, cuba buat apa yang termampu untuk menjadi paksi segala tumpuan.

Sudah la ditinggalkan teman, bencana datang menimpa-nimpa pula. Macam mana Zack laluinya ialah dengan kata-kata bisu. Umpama Zack tidak pernah wujud di dalam kotak pemikiran itu, seolah-olah Zack tidak bernyawa dalam keluarga itu. Bertalu-talu dugaan diajukan oleh orang sekeliling tetapi Zack memilih untuk berbisu, bagaikan faham peguamnya suruh berbuat demikian. Sehinggakan keluarga sendiri sedikit demi sedikit menjauhkan langkah dari Zack.

Orang lain takut dengan Zack? Zack terkenal dengan sifat diam-diam ubi berisi. Kalau Zack sedang berdiam diri, dia umpama sedang menggenggam buku limanya dengan erat, mengumpul momentum, sedia untuk dilepaskan bagaikan singa kelaparan. Tapi, semua itu hanya kemungkinan. Mungkin Zack diam kosong. Menunggu peluang dan tuah dihidangkan bersama-sama.

Diri Zack hanya penuh dengan kebencian, dendam, tetapi tersembunyi sebalik senyuman dan loyar buruknya. Agendanya kekal tetapi masih ragu-ragu. Seorang yang pendendam dan pemaaf. Satu kombinasi yang tidak sesuai. Sebab itu Zack memilih untuk berdiam, saja membuat orang lain serba salah dengan langkah pertama mereka. Zack hanya menunggu noktah yang sesuai untuk menyerang. Menyerang teman yang meninggalkannya...


Jikalau noktah itu tidak pernah kunjung tiba, apa kau mahu buat?

02 July 2010

Zack: Aku minta maaf


Ain buat hal. Aku tahu, jadi mesti kau pun tahu. Dia kan selalu berkongsi suka duka dengan kau. Segenap inci dilubuk hatinya telah kau selongkar dahulu. Jika ada retak, kau lah orang yang memulihkan. Tapi persoalan dari mana aku tahu?

Aku tahu dari Haridz, orang yang kau rayu-rayu itu. Ya, dia bertindak atas bukti-bukti yang mengaitkan Ain dengan kesilapannya. Aku tahu kau sayangkan Ain. Kau nak bela dia. Kau tak nak dia ditimpa kecelakaan. Tapi bukan itu caranya. Kau berdaya untuk halangnya dari berbuat begitu.

Namun begitu, bolehkah kau hakimi perlakuan dia? Cuba kau duduk seketika bersama secawan logik dipetak pemikiran kau. Betulkah tindakan Ain? Jangan biarkan logik kau dikaburi oleh ayat-ayat manis darinya. Perempuan ada seribu satu muslihat di sebalik lenggoknya yang menawan. Sedangkan Rasulullah S.A.W. sendiri mengingatkan kita bahawa fitnah perempuan adalah fitnah yang berbahaya. Lelaki yang kuat sekalipun boleh tersungkur dan rebah dipangkuan wanita. Tambah pula jika kau sudah rasa kemanisan perempuan itu, salah dia pun kau kata benar. (aku bukan menuduh kau)

Jadi usah kau melutut merayu dengan Haridz untuk memaafkan kesilapan Ain. Aku tahu Haridz pun takkan berdiam diri. Dia lagi sayangkan kau sebagai rakan, dari terjebak dengan tipu daya Ain. Kerana Haridz sendiri pernah tertipu. Harap kau takkan bermusuh dengan Haridz. Logik kau masih ada. Cuma kau belum sedar ia disitu, menunggu untuk kau mengetuk kembali.

(sang kekasih pun masih menunggu)

30 June 2010

Zack: Bodohnya aku?


Zack mengacau2 teh tariknya, dua tiga ulas ayat dia tabur kat aku. Aku membalas dua tiga ulas balik. Kesian Zack. Sudahlah kekasih diratah orang, diri sendiri pulak yang pening kepala. Air pon tak habis diminum.

Cerita macam bagai, bukan marahkan binatang tu saja, kekasih sendiri pon nak lempang jugak disebabkan peristiwa itu. Tapi aku hairan, kadang2 kau hilang jugak dibawak angin. Kejap2 hilang. Aku pon melemparkan pertanyaan, "Kau jumpa dia lagi tak?"

Macam ragu2 nak jawab, namun berkata-kata juga, "Ada, semalam".

Aku tau kau masih sayangkan dia. Biar pun diratah2 orang kau masih terima kenyataan. Aku sanjung kau. Tapi jangan la kau ragu kat dia disebabkan sang kekasih tak telefon kau masa dia ditimpa bencana. Jangan kau ingat dia rela hati pulak. Kalau tak mana datang lebam2 tu?

Tapi paling aku konfius dengan kau, dengan si Ain pon kau salu date. Aih, mane satu bro? Dah pasrah ke atau sedang mencari pengganti? Ke dua2 kau nak sebat? Mentang2 la kita ni ada 4 akaun.......(aku mampu 1 akaun je)



(kau ke aku yang konfius ni?)