Praktikum kembali lagi! Ewah, dah macam fun fair plak bunyinya. Ok. Kali ni aku kena praktikal Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Jalan Yadi, Klang. Tempatnya sejauh 45 minit perjalanan dari Cheras. So aku sewa sebuah rumah di area-area berhampiran. Kiranya sekarang ada 2 buah rumah sewa. Praktikal kali ini adalah selama 8 minggu bermula 28 Jun 2010 hingga 20 Ogos 2010.
----------------------------------------------
28/6/2010 - 2/7/2010
Hari pertama masuk lapor diri. Aku kena praktikal bersama Arif. classmate aku. 1st day aku dah dapat jadual. Sesi praktikum kali ni kitorang kena mengajar 8 waktu seminggu plus 1 waktu untuk kelas relief. Subjek yang akan kitorang cover adalah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Aku dapat mengajar sesi pagi. Memang mintak pagi pon. Tak kuasa aku nak mengajar petang. Memang penat. Lagipon, pensyarah kitorang nak observe pagi. Observe petang memang tak dapat main takraw la dia. Owh btw, pensyarah pembimbing kali ini adalah En Jalaluddin bin Hj Abd Latif a.k.a. Ayahanda kelas kitorang. Rumah sewa tu beliau yang carikan. Thanks ayahanda!
Hari-hari berikutnya tak ada apa yang best sangat sebab minggu ni hanyalah minggu pengurusan. Meaning kitorang tak perlu mengajar lagi tapi perlu uruskan praktikum kitorang seperti dapatkan jadual waktu mengajar, buku teks, rancangan mengajar tahunan, sukatan pelajaran, dapatkan maklumat sekolah dan sebagainya.
Selain itu kena jugak masuk kelas relief. Nasib baik la sehari 1 kelas relief ja diberi. Tu pon pihak pentadbir insist nak bagi kitorang kelas relief banyak (since guru tak cukup). Namun En Jalal dah bagitau dengan pihak sekolah hanya 1 waktu relief untuk sehari sahaja sebab kami perlukan perhatian lebih kepada praktikal (thanks again ayahanda!).
Kali ini dapat guru pembimbing Cik Sabrella, ketua panitia PJK. Dia agak strict sikit tapi rajin. Buku RPH kena hantar tiap-tiap hari Jumaat untuk di endorse oleh GPK1. Tapi besnya kali ini sebab seminggu kena buat 2 RPH saja. Sebabnya semua 4 waktu PK dan 4 waktu PJ tu kelas darjah 4 sahaja. Means RPH PK dan PJ boley pakai untuk semua kelas. Just copy and paste. Yeah!
----------------------------------------------
Buat pengetahuan jurnal ni susah sket nak update jurnal ni. Internet kat sekolah ja. Sebab kat rumah sewa baru tak dak TV, tak dak Astro. Mati akal jugak kitorang. Susah jugak tak dak internet kalo nak cari bahan rujukan. Tapi bagus jugak kerja-kerja praktikal memang cepat siap.
(awek gedik jiran sebelah..xley blah)